Zahid tempelak Muhyiddin, tak setuju Hajiji sebagai KM Sabah

Zahid tempelak Muhyiddin, tak setuju Hajiji sebagai KM Sabah

Dalam perkembangan yang dilihat sebagai tempelakan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa gabungan BN dan rakan kongsinya akan memutuskan ketua menteri Sabah jika mereka berjaya menawan negeri itu.

Kenyataan Ahmad Zahid itu dilihat memberi isyarat bahawa cadangan yang dibuat Muhyiddin selaku presiden Bersatu, bahawa Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Mohd Nor adalah calon ketua menteri, tidak mencapai kata sepakat dari rakan sekutu mereka.

“Ketua Menteri Sabah hanya akan dipilih oleh Adun BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu,” ciap Ahmad Zahid di Twitter hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin ketika berucap sempena penamaan calon PN di Sabah, dia dilaporkan berkata bahawa Hajiji diumumkan sebagai calon ketua menteri jika Perikatan Nasional dan sekutunya BN dan PBS berjaya menawan Sabah daripada Warisan atau gabungan Warisan Plus.

Selain Ahmad Zahid, Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan juga berkata bahawa keputusan tersebut tidak dicapai kata putus dengan parti sekutu, BN.

“Tidak dibincang dengan BN,” katanya ringkas dalam hantaran di Facebook sambil melampirkan tangkap layar pengumuman Muhyiddin tersebut.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah turut senada dengan kedua-dua pimpinan partinya dan mengingatkan Muhyiddin supaya menumpukan kemenangan PN pada PRN Sabah.

“Bukankah lebih baik fokuskan kemenangan parti-parti dalam PRN Sabah dahulu, baik mewakili Pakatan Harapan mahupun BN.

Sumber : Malaysiakini