Zainal Abidin dah ceraikan Fyna Jebat?

Zainal Abidin dah ceraikan Fyna Jebat?

 

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya apabila seorang individu mendakwa dirinya anak kepada bekas jurulatih bola sepak Zainal Abidin memaklumkan bapanya telah menceraikan isteri kedua, penyanyi Fyna Jebat.

Dalam hantaran asal laman hiburan itu, pengendali akaun tersebut telah memuji sikap matang Fyna Jebat dan madu yang dilihat duduk semeja dalam sebuah majlis.

Muncul satu akaun individu yang mengatakan bahawa tidak perlu lagi mengungkit cerita lama dan kisah tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Instagram

Malah, individu itu turut mendakwa Zainal Abidin telah pun menceraikan Fyna Jebat sebagai isteri.

Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dan tidak dapat dipastikan kebenarannya.