Zainal Abidin & Fyna Jebat sudah dua minggu bercerai, saudara terdekat dedah punca perceraian

Zainal Abidin & Fyna Jebat sudah dua minggu bercerai, saudara terdekat dedah punca perceraian

Nampaknya, berita mengenai mahligai bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat yang dibina awal tahun ini dikatakan telah musnah adalah sahih selepas berlaku kemelut diantara kedua-dua isterinya.

Menurut laporan Harian Metro, perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh saudara terdekat Zainal yang mendedahkan Fyna dan Zainal sudah dua minggu bercerai.

DIfahamkan, punca penceraian itu berlaku disebabkan Fyna dan isteri pertama isteri Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini tiada persefahaman antara satu sama lain yang membawa kepada pengakhiran hubungan tersebut.

“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai,” katanya.

Terdahulu, anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah memberitahu adik Aida Jebat itu sudah diceraikan oleh bapanya menerusi sebuah komen di laman sosial.

Perkara tersebut sudah semestinya mengejutkan ramai memandangkan berita perkahwinan mereka baru sahaja diketahui sejak awal tahun itu namun, segalanya telah musnah dalam sekelip mata.