Zainal Abidin Hassan cuma nak respon pasal bolasepak, enggan ulas isu dua madu bergaduh

Zainal Abidin Hassan cuma nak respon pasal bolasepak, enggan ulas isu dua madu bergaduh

 

Berita tentang penyanyi, Fyna Jebat yang sudah bernikah dengan jurulatih bolasepak, Dato’ Zainal Abidin Hassan sememangnya menjadi perhatian umum.

Mana tidaknya, Fyna dikatakan telah menjadi isteri kedua kepada Zainal dan berlaku sedikit konflik apabila dia didakwa diserang oleh madunya selepas mengadakan persembahan dalam satu program realiti nyanyian.

Sehingga kini, suami kepada penyanyi itu belum pun membuka mulut berhubung perkahwinan keduanya walaupun diasak untuk memberikan sedikit penjelasan.

Perkara lain tak mahu jawab

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, jurulatih pasukan bolasepak itu memaklumkan yang dia enggan menjawab soalan yang tiada kaitan dengan bolasepak ketika ini.

“Maaf, kalau pasal bola saya akan jawab. Yang lain, tak mahu.” ujarnya ringkas.

Belum pernah jawab tentang isu kontroversi

Dia yang ditemui ketika majlis kesyukuran sempena pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 tetap dengan pendirian mengunci mulut dari menjawab sebarang soalan berkenaan perkahwinan kontroversinya.

Suami sokong Fyna kembali bernyanyi

Sebelum ini, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz binti Jebat telah menyatakan bahawa suami tercinta sentiasa menyokong untuknya kembali menyanyi.

Dia yang menyerahkan sepenuhnya kes diserang madu di sebuah kedai makan kepada pihak polis baru-baru masih enggan memperincikan perihal perkahwinannya kepada semua.

“Terima kasih banyak-banyak, terima kasih atas komen yang baik.
“Sudah tentu dia (suami) bagi sokongan kepada karier seni saya selepas ini,” katanya.

Hujung minggu lalu, Fyna dan kakaknya, Ayda Jebat telah merangkul tempat kedua dalam program realiti Famili Duo sekali gus membawa pulang RM20,000.