ZAKAT FITRAH : Antara beri makanan dan beri duit, yang manakah lebih baik?
ZAKAT FITRAH : ANTARA BERI MAKANAN DAN BERI DUIT, MANA YANG LEBIH BAIK??
Jika kita merujuk kepada hadis hadis berkaitan zakat fitrah, jumhur ulama mengatakan ianya dikeluarkan dalam bentuk makanan asas seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Kadarnya ialah segantang baghdad atau 3 kg. Walaubagaimana pun, ada ulama yang membolehkan dikeluarkan dalam bentuk nilai atau wang yang senilai dengan kadar makanan tersebut.
Jika kita merujuk kepada tujuan zakat fitrah ini pula, ianya ada dua tujuan utama;
i. Bagi membersih dan menampung kekurangan diri pembayar zakat menjelang mereka bergembira di hariraya.
ii. Bagi menghibur hati dan memenuhi keperluan fakir miskin agar mereka juga boleh menumpang bahagia dan gembira menyambut hariraya.
Dalam situasi hari ini, apa sebenarnya yang lebih diperlukan oleh golongan fakir dan miskin dan dalam bentuk apakah yang perlu dikeluarkan yang lebih memudahkan si pengeluar zakat fitrah??
Dalam sudut ini, ambo menyokong penuh keputusan pemerintah menerima pandangan zakat fitrah boleh dikeluarkan dalam bentuk wang tunai dengan meraikan dalam situasi tertentu, mungkin ada penerima zakat perlu diberi dalam bentuk makanan kerana kesukaran mereka untuk mendapat makanan seperti susah nak pergi beli makanan kerana tinggal jauh di pedalaman, takdak kenderaan nak keluar ke Bandar dll.
Sebaliknya jika memberi makanan dalam bentuk beras itu semakin menyusahkan mereka, beras untuk mereka makan berhariraya sudah lebih dari cukup, maka membayar zakat fitrah kepada mereka dalam bentuk wang adalah lebih bermaslahat bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan bergembira berhariraya.
Isunya ialah, bila zakat fitrah juga dijadikan “hak inklusif” yang hanya boleh dipungut oleh amil bertugas, maka adakah tujuan asal zakat fitrah yang difardhukan dibayar menjelang sembahyang hariraya agar fakir miskin turut merasa nikmat hariraya mencapai natijahnya???
Sumber – FB Che Ibrahim Mohamed