“Zaman sekarang bujang, duda tak laku. Suami orang laku..” – Che Ta

“Zaman sekarang bujang, duda tak laku. Suami orang laku..” – Che Ta

 

Pelakon Rozita Che Wan mengingatkan golongan isteri diluar sana supaya tidak kerap berkongsikan gambar suami mereka di media sosial.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Che Ta berpendapat suami orang kini lebih menjadi pilihan berbanding lelaki bujang ataupun duda.

“Zaman sekarang jangan tayang suami dekat media sosial. Nanti ramai yang berkenan. Zaman sekarang bujang, duda tak laku. Laki (suami) orang laku, laki kita pula elok… jadi kita simpan. Tayang muka kita sahaja dekat media sosial,” katanya.

Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

@rozitachewan1

Simpan sini buat kenangan 😬 . #cheta #fyp #curang #poligami

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN