Zambry Kadir dedah pembohongan Hadi

Zambry Kadir dedah pembohongan Hadi

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini tampil menjawab pembohongan yang dibuat Presiden Pas seperti yang tersiar di dalam laporan portal Sinar Harian semalam.

Dalam laporan tersebut, Abdul Hadi Awang didakwa mendedahkan punca Pas menolak kerjasama dengan UMNO di dalam PRU-15 nanti.

Dakwanya lagi, selain diberikan kata dua supaya Pas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya mahu menjalin kerjasama bersama UMNO, parti itu cuba mencatur kedudukan kerusi milik Pas tanpa rundingan.

Enggan terus membiarkan pembohongan Hadi, Zambry memuat naik satu hantaran yang mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di laman FB miliknya beberapa jam lepas.

Tulisnya,

Terlebih dahulu mohon ampun jua dari saya buat Tan Sri Tok Guru Hj Hadi Awang.

Saya mohon menjelaskan kebenaran setelah Sinar Harian 2.11. 2022 keluarkan kenyataan Tok Guru bahawa UMNO yang mengajak berbincang tentang kerjasama selepas pembubaran parlimen diumumkan.

Sebenarnya pihak PAS yang berkali-kali berhubung dengan pihak UMNO dan datang berbincang awal secara tidak rasmi dengan wakil UMNO.

Atas nama ukhuwwah & husn al-dhan (bersangka baik), Presiden UMNO akhirnya bersetuju untuk bertemu Tok Guru di Yayasannya.

Selepas itu berlakulah pertemuan berikutnya.

Tidaklah sampai peringkat berbincang pembahagian kerusi secara rasmi lagi.

Dan Tok Guru kemudiannya membuat kenyataan untuk kekal bersama PN.

Kami hormati keputusan itu.

Dan kami tidak komen apa-apa.

Melainkan apabila Tok Guru memberi hujah menolak bersama dengan BN sebab BN“keruh”, pihak kami pun menjawab sedikit sebanyak.

Pandangan saya, usahlah kita terus keruhkan hubungan antara UMNO dan PAS.

Usahlah kita caci mencaci antara satu sama lain, atau tuduh menuduh, atau menggelar itu dan ini sesama kita lagi.

Marilah kita berlapang dada dalam urusan siasah yang terdapat ikhtilaf pandangan dan pendekatan dan kekalkan sifat saling hormat menghormati.

Maafkan saya sekali lagi kerana terpaksa membetulkan kenyataan Tok Guru.

Pas dedah syarat UMNO mahu kerjasama

Pendedahan dibuat Zambry ini juga dipercayai bagi meleraikan kemelut antara kedua-dua parti yang pernah membentuk Muafakat Nasional sebelum ini.