Zed Zaidi dedah wajah lelaki serang Kamal Adli, “Semoga keadilan & hukuman setimpal diambil..”

Zed Zaidi dedah wajah lelaki serang Kamal Adli, “Semoga keadilan & hukuman setimpal diambil..”

 

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan berita pelakon Kamal Adli yang cedera diserang oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah program jualan raya di Singapura.

Suspek yang berusia 33 tahun itu telah pun ditahan dan mahkamah Singapura mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri selama dua minggu.

Insiden yang terjadi ini turut menerima perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi yang menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan pelakon itu di sana.

Menurutnya, kejadian itu tidak seharusnya berlaku di negara yang paling selamat di dunia.

“Ni baru cedera parah tau, belum lagi kalau ada kehilangan nyawa berlaku disebabkan perkara macam ni. Orang yang pukul Kamal tu, aku rasa dia terlibat dengan dadah.”

 

@rozaidijamil

Kamal adli kena pukul!! Pekara ni tak sepatutnya berlaku di negara yang paling selamat di dunia!! @kamaladli @UqashaSenrose92 @PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA @Fahmi Fadzil @anwaribrahimofficial #terciduq #teamzedzaidi #fyp #fypage #fy #fypシ #viral #malaysiaviral #viralmalaysia #tiktok #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #fouryoupagee #tular #malaysia #malaysian #seniman #senimanmalaysia #pukul #artis #artismalaysia #singapore #singaporetiktok #singaporepoliceforce🇸🇬⚔️ #polismalaysia🇲🇾

♬ original sound – ZED ZAIDI – ZED ZAIDI

Dedah wajah pelaku

Di dalam satu lagi hantaran lain, Zed Zaidi turut berkongsikan video memaparkan wajah suspek yang dipercayai menyerang Kamal Adli di program tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan seorang lelaki yang berjaya ditahan oleh orang ramai dan pihak berkuasa.

Zed Zaidi turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berjaya menangkap dalang di sebalik kejadian itu.

Dalam masa yang sama, Presiden SENIMAN ini berharap keadilan dan hukuman yang setimpal akan dikenakan terhadap individu tersebut.

“Tahniah orang-orang Singapore dan wakil-wakil Malaysia yang berjaya bedok mamat yang pukul Kamal Adli ni. Semoga keadilan dan hukuman yang setimpal dan keras perlu diambil.”