Zulin Aziz selar tuduhan isu cerai dikatakan marketing – “Hal macam ni orang gila je buat gurauan”

Zulin Aziz selar tuduhan isu cerai dikatakan marketing – “Hal macam ni orang gila je buat gurauan”

Hari ini, ramai dikejutkan dengan berita sedih yang disampaikan oleh selebriti Zulin Aziz mengenai kisah rumah tangga yang dibinanya bersama jejaka pilihan hati, Farhan Norzaini pada tahun 2022.

Mana tidaknya, hantaran yang dikongsikan oleh pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya.

Bagaimanapun, ramai seakan tidak percaya dan yakin ia hanyalah gimik semata-mata kerana mahu mengeluarkan produk atau lagu baharu.

Zulin nafi batak marketing murahan

Sedar dirinya menjadi bahan bualan, aktres berusia 34 tahun itu tampil bersuara dan menafikan bahawa ia bukanlah ‘marketing’ sepertimana netizen sangkakan.

Zulin berkata, dia bukanlah seorang yang sanggup ‘korbankan’ rumah tangga demi ‘marketing’ murahan kerana ia bukanlah perkara yang boleh dibawa main.

“Content marketing, prank? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya buat apa?
“Saya tak ada lagu nak keluar. Tak ada produk nak keluar. Hal macam ini, orang gila sahaja buat gurauan. Tolong hentikan!”tegasnya.

Hanya mohon doa

Jelas pelakon telefilem Janda Si Ayob, tujuannya berkongsi di media sosial hanyalah mahu orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keputusan yang dibuat bersama pasangan.

Zulin juga berharap agar orang ramai tidak menambah beban yang ditanggungnya kini.

“Saya mohon doa. Hanya doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah.
“Saya berharap doa yang baik-baik itu berbalik kepada korang.  Saya berhenti cakap di sini sahaja, tiada benda yang perlu diulas. Tolong (rayu agar semua faham dan hormat),”ujarnya.

Sebelum ini, Zulin berkongsi di media sosial dengan kapsyen ringkas berserta foto perkahwinan mereka sewaktu akad nikah sehingga mengundang pertanyaan ramai.

Untuk rekod. Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan mereka berdua baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama baru-baru ini.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan zuriat namun Zulin pernah mendedahkan dia mengalami keguguran pada Ogos 2023 apabila diasak netizen mengenai kehadiran cahaya mata.