7 fakta menarik Malaysia yang mungkin kita belum tahu

7 fakta menarik Malaysia yang mungkin kita belum tahu

 

Negara tanah tumpah darah kita ini sememangnya mempunyai pelbagai khazanah alam yang masih diwarisi sehingga kini.

Image from giphy.com

Bukan setakat mempunyai pelbagai latar belakang masyarakat yang penuh dengan keunikan, malah tempat ini juga mempunyai khazanah tersendiri. Antaranya, sumber alam yang begitu besar dan menakjubkan.

Anda juga pasti belum pernah tahu fakta-fakta tentang Malaysia bukan? Mari kita merungkai fakta menarik di bawah!

1.Gua Mulu merupakan gua terbesar di dunia

Image from Libur.com

Image from Libur.com

Gua ini terletak di Taman Negara Sarawak. Ia juga dikenali sebagai Sarawak Chamber. Gua tersebut mempunyai ruang bawah tanah terbesar di dunia. Ada yang mengatakan ia 23 kali lebih besar dari Padang bola Anfield. Gua Mulu juga boleh memuatkan sebuah pesawat Boeing 747.

2. Tanjung Piai merupakan titik paling selatan di benua Asia

Image from Harian Metro

Image from Super 325

Tanjung Piai terletak di negeri Johor. Lokasinya terletak di titik paling selatan bagi benua Asia. Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang banyak.

3. Lebuh raya di Malaysia melebihi daya lilitan bumi

Image from WordPress

Image from Wikimedia

Tahukah anda? Malaysia juga diketahui mempunyai lebuh raya yang begitu panjang sehingga melangkaui panjang lilitan bumi sendiri. Panjang keseluruhan lebuh raya di negara ini dianggarkan sekitar 65.877 kilometer. Ia melebihi lilitan bumi yang dianggarkan baru 40.075 kilometer!

4. Pelbagai spesis flora dan fauna didapati di Malaysia

Image from Ilmu Geografi

Image from Lee Sharing

Malaysia mempunyai 14,500 spesis tanaman bunga dan pokok-pokok. Binatang mamalia di negara ini juga melebihi sebanyak 200 spesis. Lebih menarik lagi, kita juga mempunyai 600 spesis burung, 140 spesis ular dan 60 spesis cicak. Wow!

5. Pulau Sipadan tempat utama untuk aktiviti selam skuba

Image from Sipadan

Image from Harian Metro

Pulau Sipadan terletak di Sabah. Pulau tersebut mempunyai ketinggian 600 meter dari dasar laut. Ramai penyelam telah menjadikan tempat ini sebagai tempat utama mereka untuk aktiviti menyelam skuba. Pualu Sipadan juga pernah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang terbaik di dunia.

6. Hutan hujan tropika di Malaysia lebih tua daripada hutan lain

Image from Tempat Menarik

Image from Lokasi percutian

Hutan hujan tropika di Malaysia dipercayai sudah berusia lebih 130 juta tahun. Ia merupakan antara yang tertua di dunia. Lebih mengejutkan, hutan hujan tropika di Malaysua lebih tua daripada hutan di Amazon dan Congo. Macam tak percaya kan?

7. Keluasan taman negara di Malaysia sama dengan 7 kali negara Singapura

Image from Viator.com

Image from World Atlas

Mesti anda tidak menyangka keluasan sebenar taman negara di Malaysia bukan? Tahukah anda, ia mempunyai keluasan 4343km persegi sama dengan 7 kali ganda negara Singapura. Menakjubkan!