Ali Puteh dakwa Hidayah tabur ‘sesuatu’ di pagar rumah arwah Abam

Ali Puteh dakwa Hidayah tabur ‘sesuatu’ di pagar rumah arwah Abam

 

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, kecewa apabila adik iparnya, Ali Puteh dan keluarganya hanya berdiam diri dan tidak membuat bayaran sebanyak RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Hidayah dalam satu hantaran video di Instagram meminta pihak mereka menyegerakan bayaran RM60,000 itu seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.

Menurut Hidayah, peguamnya sudah memberi tempoh selama 21 hari kepada pihak terbabit untuk menyerahkan kunci rumah dan membuat bayaran itu.

Dalam video yang sama, Hidayah turut memaklumkan hari ini, 10 Februari genap tiga tahun pemergian Abam.

“Abang, sayang datang rumah kita tapi, korang nilaikan sendiri.

Dia turut kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah milik Allahyarham itu seolah-olah tidak dilayan apabila tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.

“Korang boleh tengok sendiri rumah kami jadi apa. Sedih sangat-sangat. Dayah datang bersama peguam. Satu jam Dayah tunggu tiada siapa yang buka pintu rumah. Padahal ada kereta, motosikal arwah dan kasut.

“Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak dibagi masuk,” tulisnya.

Sementara itu, Ali ketika dihubungi menafikan tiada orang di kediaman Allahyarham seperti dakwaan Hidayah.

“Bohong, kata takda orang. Abang ipar saya juga dapat berbual dengan peguamnya,” katanya.

Ali turut mendakwa Hidayah meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain lagi dipercayai untuk upacara ritual tertentu.

“Dah balik tinggal barang? Bezakan apa yang dia cakap dalam video. Hari ini, dia (Hidayah) dan rombongan keluarganya serta peguam datang buat ritual keagamaan di rumah ini (rumah Abam). Rumah ni ditabur garam kasar dan limau serta benda-benda. Tujuan datang kata nak berbincang tapi?” katanya menerusi hantaran video.

Ali berkata, dia sudah tidak mahu berselindung lagi dengan perkara itu

“Hari ini siap dengan bukti. Allah itu adil. Tunjukkan jalan buat saya. Biarlah orang tahu siapa dia,” katanya,

Sebelum ini juga dilaporkan mahkamah menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.