ALP TV Al-Hijrah yg baru pernah dilapor kantoi layari laman aktiviti kaum sejenis
Pelantikan Roslan Shahir Mohd Shahir sebagai salah seorang daripada sembilan orang yang dilantik sebagai anggota Lembaga Pengarah TV Alhijrah mencetuskan kontroversi dikalangan pengguna media sosial.
Ini selepas pengumuman yang dibuat oleh Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Islam semalam.
Menurut pengguna media sosial, pelantikan Setiausaha Pas Selangor itu didakwa memalukan institusi Islam milik kerajaan itu.
Dakwa mereka, Roslan sebelum ini pernah dilapor kantoi terlibat dengan aktiviti melayari laman lucah ‘gay’ menerusi akaun Twitter miliknya.
Kegiatannya itu turut dilaporkan oleh portal akhbar dalam talian Malaysiakini dan berbelas portal akhbar lain bertarikh 15 Mei tahun lepas.
Meskipun Pas Selangor tampil mendakwa akaun Roslan telah digodam, namun ianya dianggap meragukan selepas dia kemudiannya bertindak menutup akaun tersebut selepas itu.
Malah sehingga kini masih tiada sebarang cubaan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dilaporkan portal tersebut yang dilihat turut menjejaskan kehidupan peribadinya.
Namun ketiadaan tindakan yang diambil pemimpin Pas itu dipercayai selepas merujuk kepada kenyataan beberapa pakar IT yang mendakwa adalah mustahil sekiranya dia hanya baru mengetahui akaun sosial medianya digodam sedangkan ianya telah berlaku hampir 10 tahun yang lampau.
Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan langkah melantik Roslan satu langkah terdesak partinya memastikan kandungan stesen tv itu memberi kelebihan kepada Pas selepas ini.
Sehingga kini, stesen tv itu terus dijadikan lubuk buat ustaz yang dikenali cenderung dengan parti Pas menjadi jemputan sebagai pengisi slot program.
Sementara itu, ramai yang meminta Idris agar menarik semula lantikan tersebut. Sewajarnya Roslan digantikan dengan individu yang punya latar belakang lebih bersih.
Takkanlah langsung tiada pemimpin Pas yang bersih sekarang, sindir mereka lagi.