Artis terkenal ini akhirnya mengaku pernah buat implan besarkan payudara

Artis terkenal ini akhirnya mengaku pernah buat implan besarkan payudara

Kelihatan cantik selepas menjadi selebriti dianggap satu keperluan masa kini. Malah golongan ini sanggup menggadaikan nyawa demi dilihat cantik dan anggun.

Baru-baru ini, aktres popular Indonesia, Krisdayanti secara terbuka mendedahkan dia beberapa kali melakukan pembedahan plastik bagi mendapatkan wajah dan tubuh yang cantik.

Penyanyi lagu Cobalah Untuk Setia ini memberitahu setiap pembedahan dan rawatan menelan belanja yang tinggi dan dia akan mendapatkan perkhidmatan doktor terbaik di luar Indoinesia.

“Sebagai seorang public figure, kita perlu sentiasa menyerlah. Jadi saya perlukan pembedahan kecantikan.

“Tetapi saya lakukannya dengan doktor yang bertauliah.

“Saya hanya untuk senangkan suami dan diri sendiri sahaja. Saya tidak ganggu orang lain.

“Di Singapura, kos konsultasi doktor sahaja sudah mahal, belum lagi kos pembedahan dan bilik yang dikira mengikut jam,” jelas Krisdayanti.

Dalam masa sama Kridayanti akui pernah melakukan implan payudara. Namun dia menegaskan tidak pernah membuat sebarang perubahan besar pada bahagian hidung.

“Saya tidak pernah melakukan pembedahan hidung, hanya sedikit sahaja,” katanya.
Dia turut mendapatkan rawatan stem sel di Jerman yang memberi perubahan pada stamina.

Sumber – MStar