Awek sebenar dakwa ramai terlibat, nafi suspek bunuh ‘skandal hamil luar nikah’

Awek sebenar dakwa ramai terlibat, nafi suspek bunuh ‘skandal hamil luar nikah’

 

Kisah mengenai kes pembunuhan kejam seorang wanita yang sedang hamil oleh lelaki dipercayai kekasihnya di Sungai Besar pada Rabu sememangnya mengejutkan ramai.

Mana tidaknya, mangsa yang berusia 21 tahun telah ditikam, ditoreh perut dan dibakar sebanyak dua kali oleh teman lelakinya yang dipercayai mahu menutup kehamilan luar nikah wanita itu.

Kekasih sebenar nafi ‘pakwe’ bunuh skandal

Bagaimanapun, seorang wanita dipercayai seorang lagi kekasih suspek menegaskan lelaki tersebut tidak terlibat tidak membunuh mangsa, sebaliknya hanya terlibat memandangkan ia dilakukan secara beramai-ramai.

“Bukan dia yang buat, cuma dia terlibat,” ujar wanita itu.

Kawan dia buat, bukan  ‘Mat Motor’ tular 1 Malaysia

Dalam pada itu, turut tular sebuah tangkap layar ruangan komen daripada seorang pengguna Facebook menjelaskan perkara sebenar mengenai ‘individu’ terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Jelas pengguna dikenali Firdaus Zaki, gambar lelaki yang tular di media sosial kini bukanlah pembunuh mangsa, sebaliknya individu lain.

“Budak ni (lelaki tular) tak bunuh bang. Budak ni dipanggil ke balai polis untuk diberi keterangan berkenaan kes bunuh perempuan (mangsa) tu.

“Yang bunuh perempuan tu member dia bang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, pihak polis sudah memanggil dan merekodkan keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar.

Sebelum ini, dilaporkan kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham berkaitan tindakan mangsa enggan menyembunyikan kehamilan luar nikah.

Disebabkan itu, suspek berang lalu memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran, selain sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa.

Hasil siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di lokasi kejadian, kira-kira jam 10 malam Isnin lalu.

Difahamkan, pasangan kekasih itu sudah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu sebelum berlakunya perbalahan akibat kehamilan tersebut.