Bapa tiri banyak ‘up’ status sedih rayu Aliah Qistina balik, “Daddy rindu pulang sayang”

Bapa tiri banyak ‘up’ status sedih rayu Aliah Qistina balik, “Daddy rindu pulang sayang”

 

Dalam ketenangan melayari bulan Ramadan yang suci ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang gadis bernama Aliah Qistina Budiyanto menjadi tempat ‘pemuas nafsu’ oleh bapa tirinya sendiri.

Lebih mengecewakan, si ibu kandung malah bersubahat sama membiarkan anaknya dianiaya suami sendiri.

Lepas 18 hari lari rumah, Qistina beritahu segalanya kepada polis

Untuk pengetahuan, Qistina sudah mengalami perbuatan jijik terbabit sejak tahun 2020 lagi.

Akhirnya setelah melarikan diri beberapa minggu lalu, dia nekad mendedahkan segala trauma hitam yang dilaluinya kepada pihak polis sekali gus menjurus kepada tindakan penangkapan dua suspek berusia 36 dan 40 tahun itu.

Pulanglah Qistina…Pulang sayang

Hasil tinjauan, TikTok ibu kandung yang sebelum ini banyak memuat naik tentang kehilangan Qistina sudah disetkan kepada mod private. 

Manakala pemeriksaan terhadap Facebook si ayah tiri pula menyaksikan lelaki ini ada beberapa kali berkongsikan rasa sedih, rindu dan rayuan agar remaja 16 tahun itu kembali ke rumah.

Bila saya nampak makanan yang dia (Qistina) suka, saya nangis kat situ juga – Ibu

Di sebalik kata-kata manis menunjukkan kasihnya seorang ayah kepada anak sambil menggelar Qistina dengan panggilan ‘sayang’, siapa sangka rupanya ia hanya lakonan semata-mata.

Terdahulu, ramai pihak wartawan turut berkesempatan datang ke rumah mereka untuk melakukan liputan khas mengenai berita kehilangan Qistina.