Bengang adik tak ‘payung’ rokok, lelaki mengamuk nekad bakar rumah pusaka

Bengang adik tak ‘payung’ rokok, lelaki mengamuk nekad bakar rumah pusaka

 

Inilah yang dikatakan sebagai marahkan nyamuk, kelambu dibakar…

Seorang lelaki yang juga penagih dadah didakwa telah membakar rumah pusaka dua tingkat yang didiami bersama ahli keluarganya hanya sebab dia tidak diberikan rokok.

Menurut Buletin TV3, kejadian yang berlaku di Pokok Sena, Kepala Batas kira-kira jam 9 malam itu berlaku, ketika suspek berusia 47 tahun dikatakan mengamuk lepas adik lelakinya enggan memberi rokok yang diminta.

Buletin Tv3 2023 08 24T183608.813

Rumah dibakar ketika adik buat laporan polis

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Assisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata adik suspek yang tak tahan dengan amukan abangnya telah membuat laporan ke Balai Polis Kepala Batas.

Namun malangnya, semasa dalam perjalanan ke balai polis, adik suspek menerima panggilan bahawa rumah mereka telah terbakar.

Jiran yang tinggal berdekatan rumah suspek menghubungi adik suspek dan memberitahu bahawa suspek telah membakar rumah (kediaman didiami suspek dan ahli keluarganya) dan berjaya menangkap suspek,” katanya.

Rumah berkenaan katanya didiami suspek, ibu dan adik namun ketika kejadian ibu suspek tak ada di rumah kerana pergi melawat anak perempuan di Balik Pulau.

Buletin Tv3 2023 08 24T183508.311

Tambah pihak polis lagi, rumah dua tingkat itu mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik di bahagian atas yang diperbuat daripada kayu dan bahagian bawahnya pula simen.

Kebakaran tersebut telah menyebabkan semua harta dalam rumah itu musnah termasuklah empat buah motosikal yang sudah lama tidak digunakan. Rumah jiran berhampiran juga menurutnya mengalami kebakaran tetapi mujur hanya di bahagian dinding.

Berdasarkan pengakuan awal suspek, dia mengaku telah membakar langsir rumah dengan menggunakan pemetik api di bilik tidurnya sendiri sehingga api marak yang kemudian membakar keseluruhan rumah.

Hasil ujian air kencing mendapati positif dadah,” kata polis.

Suspek juga difahamkan mempunyai 14 rekod lampau dan telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Haih macam-macam ye. Tergamak hanya kerana sebatang rokok, rumah dibakarnya.