Bila ada masalah rumahtangga suka mengadu dekat mak masing-masing, sekali mak aku yang gaduh dengan mak mertua, akhirnya aku dan suami bercerai

Bila ada masalah rumahtangga suka mengadu dekat mak masing-masing, sekali mak aku yang gaduh dengan mak mertua, akhirnya aku dan suami bercerai

 

Sudah banyak kali pasangan suami isteri dinasihati untuk tidak membabitkan ibu bapa dalam permasalahan rumah tangga mereka.

Bukan apa, terkadang campur tangan daripada pihak lain sebenarnya akan semakin memburukkan keadaan sedia ada.

Lebih teruk lagi jika damage yang berlaku sampai ke tahap bercerai-berai.

Sebenarnya saya & suami tiada masalah besar pun

Kelmarin, seorang peguam syarie bernama @Tuan Naim sempat mengimbau sebuah masalah yang pernah dikendalikannya.

Sepasang suami isteri yang masih baik hubungannya dikatakan mencapai persetujuan untuk berpisah.

Apabila ditanya, rupanya semua itu terjadi berpunca daripada sikap mereka yang suka mengadu kepada ibu masing-masing jika sedang berdepan masalah dalam rumah tangga.

Mak saya benci suami saya…Mak mentua saya bencikan saya…Silap kami tuan

Akibat membuka pekung pasangan, kedua-dua mentua mula membenci menantu masing-masing yang dianggap buruk.

Meskipun suami isteri itu sudah berbaik, malangnya perseteruan dua-dua ibu mereka terus berlarutan sampai 5 tahun lamanya.

Sepanjang tempoh itu, banyak ‘kecederaan’ emosi telah berlaku dan mengacau kebahagiaan kedua-dua pihak walaupun awalnya isu terbabit sudah reda.

Pendam atau luah atas sejadah je…Cukuplah Allah menyaksikan

Meraih lebih 1 juta tontonan, ramai netizen mengambil ikhtibar daripada kisah yang didedahkan oleh Tuan Naim.

Berkongsi pendapat masing-masing, ada yang rela memendam masalah dengan suami dan mengadu kepada Allah sahaja.

Bukannya bawa cerita kepada orang lain.

@peguamsyarienaim

Dari kisah benar. #peguamsyariekelantan #peguamsyarie #makmertua #menantudanmertua #ceraimuda

♬ original sound – `𝐋𝐚𝐞𝐯𝐉 – `𝐋𝐚𝐞𝐯𝐉

Suka mengadu dekat mak bila ada masalah, sekali mak gaduh dengan mak mentua, akhirnya aku dan suami bercerai