Bosan sering diberi alasan sama, lelaki ini dedahkan taktik jahat Pas untuk terus berkuasa di Kelantan

Bosan sering diberi alasan sama, lelaki ini dedahkan taktik jahat Pas untuk terus berkuasa di Kelantan

“Kelantan perlukan RM7 bilion untuk selesaikan isu air. Usaha kerajaan pusat zaman Pak Lah dan Najib dahulu tak cukup. Walaupun dah dihapus kira hutang RM56juta, dah dikurangkan ansuran tahunan RM21juta, dah ditukar hampir 800km paip usang dan dah dibina loji rawatan air di negeri itu”

Ini antara komen yang saya bacalah. Jadi ada tak cara untuk kerajaan Kelantan usahakan sendiri peruntukan pembaikian sistem air itu?

Ada. Jawapan dia “deferred payment” ya adik-adik. Kalau semua duk harapkan Pusat buat, baik jangan ada kerajaan negeri.

Apa dia deferred payment? Deferred payment ni maksudnya bayaran tertangguh. Antara sekatan kewangan kerajaan negeri adalah mereka tak boleh sesuka hati buat pinjaman luar. Ini adalah sekatan dalam Perkara 111 perlembagaan

Deferred payment adalah antara kaedah bagi menyelesaikan isu kekurangan tunai kerajaan negeri. Dalam kaedah ini, kontraktor yang dilantik akan mendapatkan sendiri pembiayaan bagi menyelesaikan projek. Kerajaan negeri hanya memulakan pembayaran secara ansuran selepas tempoh tertentu

Saya bagi contoh projek bekalan air Kuala Terengganu Utara yang bernilai lebih RM2 bilion. Projek ini bukan duit kerajaan pusat pun. Negeri yang tanggung sendiri.

Kontraktor yang dilantik oleh kerajaan negeri mendapatkan pembiayaan mereka melalui penerbitan sukuk. Yang tukang arrange sukuk itu adalah Affin Hwang Investment Bank dan HSBC Amanah Malaysia Bhd. Sukuknya RM1 bilion.

Hasil konsep pembiayaan sebegini akhirnya membolehkan sistem bekalan air Kuala Terengganu dinaiktaraf segera. Termasuklah pembinaan LRA Losong yang berjaya menyelesaikan masalah keperluan air Kuala Terengganu ketika musim puncak hari raya.

Dah tentulah akhirnya deferred payment ini digunakan pula sebagai alasan bebanan tinggalan hutang lama. Tapi hutang ini kan untuk rakyat? Takkanlah kita nak mengeluh apabila melibatkan kepentingan rakyat?

Bolehkah Kelantan buat? Atas kertas bagi saya memanglah boleh. Prestasi kewangan kerajaan Kelantan secara puratanya adalah surplus RM50juta setahun. Royalti pula dikatakan sekitar RM200 juta setahun. Maknanya setakat nak buat projek deferred payment bekalan air RM1-2 bilion sepatutnya tidak ada masalah sangat.

Tidaklah menyelesaikan sepenuhnya masalah tetapi sekurang-kurangnya menyelesaikan sebahagian daripadanya.

Hidup kita ni jangan mengeluh banyak sangat dik. Jangan tuding jari banyak sangat

Orang yang kritik tak perlu malu pandang muka kita. Tapi kita yang patut malu kalau dah jadi kerajaan tapi masih tak tahu selesaikan kerja

Sumber :

FB Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu