Covid-19 : Kerajaan perlu telus – Anwar

Covid-19 : Kerajaan perlu telus – Anwar

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menggesa kerajaan telus menangani Covid-19, terutamanya dalam kes melibatkan ahli politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan

Katanya, tiada sesiapa terkecuali daripada standard operasi piawai (SOP) ditetapkan dan peraturan hendaklah dikuat kuasa dengan tegas tanpa selektif.

“Saya juga mendesak kerajaan untuk memberikan maklumat dalam menangani gelombang terbaru wabak ini bagi mengelak sebarang spekulasi dan khabar angin.

“Adalah mustahak bagi politisi dari kedua-dua pihak dalam mengutamakan maslahat rakyat tatkala kemelut. Kualiti kepimpinan mesti ditonjolkan,” katanya.

Setakat ini, beberapa ahli politik, termasuk menteri agama Dr Zulkifli Mohamad disahkan dijangkiti Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin kendiri di rumah untuk tempoh 14 hari susulan status Dr Zulkifli.

COMMENTS