Dah bercinta 6 tahun namun lamaran lelaki ini ditolak keluarga bekas teman wanita kerana ‘orang’ Kelantan
Berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hati tetapi terhalang kerana ibu bapa tidak merestui?
Kita sering disajikan dengan drama cinta di kaca televisyen. Bahkan drama cinta yang muncul di kaca TV boleh juga berlaku di dunia nyata.
Saban hari ada sahaja pasangan yang terjatuh cinta atau diulit bunga-bunga bahagia sedang bercinta. Alangkah indahnya hidup ini apabila ada insan mencintai diri sepenuh hati. Segala kasih sayang ditumpahkan buat diri anda dan berjanji setia untuk bersama selama-lamanya.
Namun begitu, tidak semua cerita cinta berjalan mulus, pasti ada halangan yang harus dilalui, malah mungkin terasa begitu sukar untuk diatasi, terutama sekali bila cinta tidak mendapat restu daripada orang tua sendiri. Mereka tidak dapat menerima pilihan hati anda sedangkan anda dan si dia sudah berhasrat untuk melangkah jauh ke alam perkahwinan.
Hal ini bagaimanapun harus diterima juga kerana mungkin memang sudah tersurat yang anda dan si dia tidak ditakdirkan untuk hidup bersama.
Kisah menyedihkan berlaku pada seorang lelaki apabila lamarannya ditolak keluarga bekas teman wanitanya atas alasan dia berasal daripada negeri Kelantan
Dalam satu rangkaian Twitter yang dikongsikan pengguna @AlanisAlauddin, pasangan kekasih itu telah bercinta selama 6 tahun.
Lelaki tersebut telah melamar bekas kekasihnya pada awal tahun lepas namun ditolak atas alasan ingin memberi jalan buat wanita itu untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat phD terlebih dahulu.
Namun begitu, pada tahun yang sama, wanita tersebut telah ditunangkan dengan lelaki lain. Yang mengejutkan dan menyedihkan ialah lelaki itu ditolak kerana dia merupakan orang Kelantan.
Berikut adalah cerita penuh lelaki itu yang diambil melalui paparan skrin instastory: