Dakwaan Pas diberi kata dua sokong PN, netizen musykil apa tujuan sebenar TITM burukkan Muhyiddin

Dakwaan Pas diberi kata dua sokong PN, netizen musykil apa tujuan sebenar TITM burukkan Muhyiddin

Pengguna media sosial hari ini terkejut dengan pendedahan yang dilakukan parti Bersatu terhadap dakwaan Pas bahawa parti itu diugut samada untuk memilih PN ataupun BN.

Ini selepas penafian dilakukan Majlis Pimpinan Tertingginya, Razali Idris, berhubung fitnah yang dikeluarkan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Menteri KASA itu mendakwa membidas sikap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang didakwanya memberi kata dua kepada Pas sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15.

Razali Idris, berkata sebaliknya apa dimaksudkan Muhyiddin ketika mengulas hasil pertemuan dengan pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi Awang Isnin lalu itu, bahawa parti itu perlu membuat membuat pendirian lebih jelas soal kerjasama dalam pilihan raya.

“Muhyiddin kata hasil perbincangan dengan presiden PAS beliau mendapat bayangan PAS akan membuat keputusan sama ada bersama Umno atau bersama PN. Itu sahaja, tak nampak beliau desak atau tekan PAS, saya tak nampak, tiada istilah kata dua.

“Muhyiddin masih lagi meraikan kehendak PAS menjayakan penyatuan ummah. Kita Bersatu tak marah PAS jumpa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa Muhyiddin tidak seharusnya menetapkan PAS perlu memilih PN atau BN bagi menghadapi PRU15.

Kata Tuan Ibrahim, parti itu mahu bekerjasama dengan Bersatu dan Umno demi “perpaduan ummah”.

Mengulas lanjut, berdasarkan kenyataan penuh Tuan Ibrahim, Razali berkata, dia tidak menganggap ia ditujukan kepada Muhyiddin sebaliknya bersifat umum susulan timbul desakan supaya PAS memilih antara Umno dan Bersatu.

“Kenyataan Tuan Ibrahim itu saya rasa beliau tak tuju kepada Muhyiddin, dia mungkin menjawab secara umum isu yang berlegar termasuk segelintir pemimpin Umno yang memberi kata dua sama ada nak dengan Bersatu atau macam mana.

“Umno pernah menuduh PAS main dua kolam, tiga kolam tetapi Bersatu tak pernah keluar keluarkan kenyataan kata PAS main dua kolam, tiga kolam,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa beliau diberi bayangan bahawa PAS akan buat keputusan muktamad, untuk memutuskan hubungan dengan Umno dalam tempoh terdekat.

Sabtu lalu, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengumumkan BN sebagai musuh utama PN pada PRU15, dengan parti komponennya perlu bergerak sebagai sebuah pasukan dan memiliki hala tuju sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan.