“Dia tak menepati ciri suami yang saya nak” – Penyanyi wanita minta cerai talak tiga setelah 3 hari bernikah
Seorang penyanyi kelahiran Indonesia, Ratu Rizky Nabila memaklumkan dia sudah bergelar janda setelah bercerai talak tiga walaupun hanya baru bernikah selama 3 hari.
Ujar Ratu, dia meminta cerai dengan suaminya, Ibrahim selepas dua hari berkahwin dan diceraikan pada hari ketiga perkahwinan mereka.
Dia juga menafikan perkahwinan itu adalah gimik semata-mata dan enggan menghurai lanjut mengenai sebab pernikahan tersebut dibubarkan secepat itu.
Namun, penyanyi itu ada menyenaraikan tiga hal penting yang perlu ada dalam sesebuah institusi perkahwinan.
Saya tidak membenarkan apa yang telah saya perbuat. Tapi secara peribadi dan demi Allah saya hanya bisa katakan ada 3 hal penting dalam pernikahan, restu, keterbukaan, dan tindakan dari niat.
Sementara itu, Ibrahim memaklumkan bahawa Ratu mengaku mencintai orang lain dan berniat membatalkan pernikahan pada pagi mereka berdua sah menjadi suami isteri.
Namun dakwaan itu tidak pula dinafikan Ratu Rizky Nabila.
Ya saya mencintai orang lain, benar itu. Ya, saya minta batal lepas akad pagi, benar itu. Untuk kau Ibrahim, silakan cerita apa lah itu. Tapi bercerita yang full. A B C D Nya!
Sekadar info, Ratu pernah bernikah kali pertama bersama Alfath Fathier sebelum bercerai. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.