Dianggap pemimpin terbuang, kenyataan hina anak Nik Aziz oleh Hamzah undang kemarahan ramai

Dianggap pemimpin terbuang, kenyataan hina anak Nik Aziz oleh Hamzah undang kemarahan ramai

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin tampil mempersoalkan langkah PH mencalonkan anak allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar sebagai calon di Perak.

“Nik Omar ini orang mana, pasal apa orang Kelantan tak nak dia ke?

“Kalau dia hebat, (tapi) orang Kelantan pun tak nak dia, tak apalah,” katanya ketika diminta mengulas langkah PH itu.

Hamzah yang juga menteri dalam negeri berkata demikian pada sidang media selepas program Kita Demi Negara peringkat Zon Timur di Kota Bharu, hari ini.

Hamzah Zainudin
Semalam Malaysiakini melaporkan Nik Omar diumumkan sebagai salah seorang calon PKR yang akan dipertaruhkan di Perak dalam PRU ke-15 nanti.

Pada PRU lalu, Nik Omar bertanding di DUN Chempaka di Kelantan di bawah tiket Amanah.

“Kami menunjukkan yang kami serius menampilkan calon yang berwibawa,” kata Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Sementara itu Hamzah menyifatkan langkah PH menampilkan Nik Omar di Perak itu juga seperti pertukaran pegawai-pegawai bermasalah.

“Sebab selalunya pegawai-pegawai kerajaan sebagai contoh, apabila kita rasa dia melakukan sesuatu yang tak elok, jadi kita hantar ke negeri-negeri jauh. Sama, orang politik pun sama,” katanya.