Dua beranak disyaki lemas selepas terjun ke dlm laut di Johor

Dua beranak disyaki lemas selepas terjun ke dlm laut di Johor

Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam laut di Jalan Danga Bay, berhampiran Country Garden, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata berdasarkan maklumat awal, kejadian itu membabitkan seorang wanita berusia 37 tahun dan anak lelakinya, berusia 16 tahun.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dimulakan sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Haizrul Rahmad, berkata, seramai 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.35 petang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kita memperoleh maklumat daripada saksi bahawa seorang wanita dan seorang lelaki terjun ke dalam laut dari tebing.

“Ketinggian tebing daripada laut adalah 9.14 meter,” katanya,seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata, ketika ini, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi mencari dua beranak itu.