Dua tahun hidup menduda, Fizi Ali selamat nikahi rakan niaga

Dua tahun hidup menduda, Fizi Ali selamat nikahi rakan niaga

Di Instagram, penyampai radio Hot FM iaitu Fizi Ali memberitahu dia telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Tiz Ikha. Tahniah!

Tamat zaman duda

Menurut Fizi, dia bersyukur dan gembira untuk memulakan perjalanan sebagai seorang suami semula. Tambah Fizi, dia berharap semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.

Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami. Semoga doa yang baik kembali semula dekat kalian.

Terdahulu, Fizi pernah mengaku bahawa dia sedang mengenali hati budi Tiz Ikha, namun hubungan mereka masih di peringkat awal perkenalan. Ujar fizi, dia tidak takut untuk kembali mendirikan rumah tangga biarpun pernah melalui fasa keruntuhan rumah tangga.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla Khoriri mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.