“Elak buat 4 perkara ini kalau tak nak minyak cepat habis” – Patutlah minyak cepat habis, rupanya cara pemanduan salah
Jarak pemanduan rupanya bukanlah satu-satunya faktor utama yang menjadi boleh punca mengapa bahan bakar atau minyak petrol habis dengan terlalu cepat.
Cara pemanduan salah dan tidak berhemah merupakan antara salah satu punca dan faktor penyumbang kepada penggunaan minyak petrol yang tinggi di mana ia sering ‘dilepas pandang’ oleh rata-rata pemilik kenderaan.
Tular di media sosial, pengetahuan berguna ini dikongsi dan disampaikan oleh pemilik kedai aksesori kereta, Wee Fook Seong menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya iaitu @pakwee_oe.
Penerangan Fook Seong ini memberikan manfaat untuk orang ramai berikutan penurunan harga minyak petrol merupakan salah satu kejadian yang hampir mustahil untuk berlaku di muka bumi termasuklah di Malaysia.
Oleh yang demikian, pemilik kereta yang merasa sangat tertekan sekiranya minyak kereta mereka hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja bolehlah mengikuti tips pemaduan dan petua lain daripada Fook Seorang ini.
Berikut kami kongsikan penerangan serta panduan untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol berdasarkan satu hantaran tular oleh lelaki yang lebih mesra dikenali dalam kalangan pelayar TikTok dengan gelaran Pak Wee.
1) Selepas berhenti di lampu isyarat atau bonggol, jangan tekan minyak sehingga RPM (Revolution Per Minute) kereta tinggi. Buang tabiat pemanduan kurang bagus ini!
2) Apabila memandu, sentiasa kekalkan RPM dengan konsisten. Tidak perlu memandu laju sehingga 160 km/j. Cukup sekadar 120km/j ataupun mengikut halaju yang ditetapkan di lebuh raya.
3) Servis kenderaan tepat pada masanya. Gunakan minyak hitam yang bersesuaian dengan enjin serta pastikan angin tayar diisi dengan PSI yang betul.
4) Penggunaan gear yang sesuai. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan dan keadaan jalan seperti berbukit atau mendatar.
Pak Wee menegaskan bahawa penggunaan gear rendah untuk kelajuan tinggi boleh menyebabkan pembaziran minyak kerana ia akan menjejaskan keadaan enjin kereta.
“Tips penjimatan minyak tidak bergantung kepada produk yang dipakai pemandu. Tetapi yang penting adalah cara pemanduan betul dan berhemah.
“Selepas pemandu mampu memahami cara penggunaan gear dengan betul, penggunaan minyak petrol memang akan dapat dijimatkan.
“Jangan lupa buang tabiat buruk dan ikut tips-tips yang Pak Wee bagi ini.” Kata pemilik akaun yang mempunyai pengikut mencecah 400 ribu orang itu.
@pakwee_oe Tips nak jimat minyak🥰🥰🥰 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #fyp #knowlage #tipskereta #jimatminyak #jimatminyakkereta #fuelconsumption