Felda rancang nak jual aset miliknya termasuk hotel-hotel

Felda rancang nak jual aset miliknya termasuk hotel-hotel
Felda mempertimbangkan untuk menjual beberapa hotel miliknya jika menerima tawaran harga yang memuaskan, kata Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh.
“Kita mempunyai aset di London, Merdeka Palace di Kuching, Grand Borneo di Sabah dan hotel-hotel di bawah Felda Residence dan untuk kita lepaskan aset ini kita perlu lihat nilai sebaiknya.
“Contoh kita telah mendapat tawaran untuk aset kita di London bernilai 300 juta Pound. Kita berpendapat, jika kita tunggu dua ke tiga tahun lagi, mungkin kita akan dapat 500 juta Pound. Jadi, mungkin bukan masanya kita berbuat demikian.
“Kita hanya akan melepaskan aset-aset ini apabila tiba masanya. Apabila masa dan harga tepat.
Felda memilik beberapa hotel di London iaitu Apartmen Servis Grand Plaza dan Hotel Park City Grand Plaza Kensington.
Di bawah langkah mengurangkan kos kewangan dan jumlah pinjaman yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas Felda, badan itu akan menjual aset yang tidak mendatangkan pulangan mencukupi.
Namun, tiada perincian jenis aset yang dimaksudkan.
Sumber: Astro Awani