Frontliners mengamuk ada pihak gunakan ‘kabel’ percepatkan suntikan vaksin Covid-19

Frontliners mengamuk ada pihak gunakan ‘kabel’ percepatkan suntikan vaksin Covid-19

KEPENTINGAN SENDIRI TANPA RASA MALU

Saya banyak mendengar desas desus seluruh negara yang agak menyakitkan telinga. Dari rakan-rakan seperjuangan, yang selama ini berhempas pulas merawat pesakit-pesakit SARI, COVID19. Alih-alih ada orang yang nak pintas barisan, menggunakan kuasa pula untuk dapatkan vaksin dahulu.

Ada pula “middle managers” yang menjadi Pak Mak Turut; pegawai-pegawai diarah untuk ikutkan konon. Dah kenapa? Nak jaga periuk nasi sendiri? Kebajikan petugas kesihatan tidak kisah? Mana integriti anda?

“Tak apalah kalau si polan itu nak vaksin, berilah”
“Keluarga si polan polin anak bini tu nak, turut kan saja”.

Hello, excuse me.
Vaksin fasa pertama adalah untuk FRONTliners.
Boleh baca kan huruf FRONT. Fahamkan maksud FRONT. Yang kerja admin atau didalam ofis, sila duduk didalam ofis sahaja. Masa vaksin pulak tetiba muncul batang hidung. Selama ini tak pulak nak menolong rawat pesakit-pesakit.

Walaupun Tan Sri KPK sudah menafikan kenyataan ini tapi saya percaya jika tiada angin, masa kan pokok itu bergoyang. Saya ingin menyeru rakan-rakan seluruh negara. Mari kita tegakkan hak kita. Jangan kita tunduk dengan tekanan dari orang atasan untuk vaksin manusia yang tidak berkenaan.

Hanya kita boleh jaga kita.
Mereka nak jaga diri mereka sahaja, dia tidak kisah pasal kita. Jadi, apa kata kita sebagai ambil gambar mereka; elok juga diviralkan. Saya percaya, rakyat Malaysia ingin tahu siapa manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab macam ini.

Jangan berkecamukkan jadual kami yang tersusun. Kuasa, wang ringgit yang sementara ini tidak boleh memaksa dan membeli kami.

Ayuh semua, kita bersatu.
We can do this!

Rafidah Abdullah