Gadis maut dibakar demi sorok rahsia hamil adalah anak yatim, majikan janji akan bela nasib

Gadis maut dibakar demi sorok rahsia hamil adalah anak yatim, majikan janji akan bela nasib

Bertengkar untuk merahsikan aib kandungan luar nikah, siapa menduga seorang pemuda berusia 20 tahun berani menamatkan hayat teman wanitanya sendiri. Dia yang sudah menganiaya pada malam 22 Mei telah kembali semula ke tempat kejadian pada pagi 23 Mei, membawa minyak petrol untuk tujuan menghapus bukti.

Kau rehatlah dik…Abang janji abang akan pastikan pemergian kau terbela

Dalam tinjauan ke laman TikTok, seorang lelaki dipercayai majikan kepada gadis malang itu turut berkongsikan rasa sedih dengan berita tersebut. Meskipun tidak mempunyai sebarang ikatan kekeluargaan, @arms eirham yang turut dipanggil untuk membantu siasatan polis nekad mahu membela nasib pekerjanya itu.

@arms_eirham

Abang suruh ko rehat sehari je dik..tapi ko rehat selamanya..ko tggl kn seribu satu kenangan, pengalaman..xpela adik abg..ko rehat la..abg tau ko lelah menghadapi semua ni..abg janji..abg akan pastikan pemergian ko terbela..abg selalu pggl ko arissa nur anisah..ko cukup suka klau abg pggl cmtu..rehat la dik..abg redha dgn sume ni..ko bg abg satu pengajaran yg berharga dik.. Al-fatihah(dibaca) #maikopitiamsayanganisah

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

 

Dia memang rapat dengan keluarga abang…Anak-anak pun sayang dia

Paling menghibakan, gadis berkenaan yang dilaporkan sedang hamil 4 bulan rupanya anak yatim piatu. Walaupun ada jiran mengatakan anak muda ini jenis pendiam, majikannya pula menyifatkan pekerja tersebut berpersonaliti agak ramah dan manja.

 

Nak taknak, kita kena telan juga…Dia baikk, dia baikk sangat orangnya

Sudah bercinta selama setahun, rupanya pemuda terbabit turut mempunyai seorang lagi teman wanita lain. Jelas tuan badan, katanya suspek dikenali sebagai seorang yang sangat baik sepanjang menjalin hubungan. Setakat ini, dia sudah direman selama 6 hari iaitu sehingga 29 Mei.