Gagal wakili suara umat Islam Malaysia, desakan minta Idris dipecat makin kuat

Gagal wakili suara umat Islam Malaysia, desakan minta Idris dipecat makin kuat

AGAMA ITU KONSISTEN

Ketika maruah Nabi s.a.w. diinjak-injak, dia kata takpa kita sabar agama kita tak ajar hina agama lain. Siapa suruh hina agama lain kan? Orang suruh dia bertindak sebagai kerajaan macam kerajaan di negara2 lain.

Tetiba sambutan Bon Odori yg sudah puluhan tahun diadakan di negara ni, dia nak jadi juara mempertahankan agama dan akidah umat Islam pula.

Sultan Selangor lagi faham dan mempunyai tasawwur yang jelas terhadap sesuatu perkara berbanding ulama parti agama.

Kenapa sambutan Christmas kini boleh (dulu sebelum menjadi kerajaan pernah juga ulama Pas haramkan), Wesak Day boleh, Thaipusam boleh, Deepavali boleh.. padahal semua perayaan tu berkaitan agama lain juga dan ada juga orang Islam hadir meraikan rakan-rakan mereka yang beragama lain.. Tiba-tiba Bon Odori tak boleh kerana ia dikatakan berkaitan agama Budha orang Jepun.

Maka eloklah nasihat Sultan Selangor tu supaya menteri agama hadir sendiri tengok ada tak upacaranya menyesatkan umat Islam supaya betul2 faham, bukan setakat merujuk Wikipedia tentang asal usul sambutan itu, terus jadi haram.

Pendapat yang menggunakan tafsiran Ibn Kathir yang mentafsirkan ayat dalam surah al-Furqan: 72. ( والذين لا يشهدون الزور ) sebagai merayakan perayaan agama lain agak tergelincir. Kerana maksud sebenar ayat itu ialah orang yang benar-benar beriman tidak melakukan persaksian bohong (seperti persaksian dalam mahkamah). Menghadiri sambutan perayaan lain kerana meraikan rakan atau jiran tidaklah bermaksud berbohong menyatakan agama rakan itu benar di sisi Allah s.w.t. Siapa yang percaya begitu, tidak syak lagi akidahnya rosak.

Oleh sebab itu, kita perlu melihat semula tafsiran2 lama dan justifikasinya dan bandingkan dengan realiti pada zaman kini. Jangan mudah cop atau label orang lain sebagai liberal hanya kerana tak bersetuju dengan satu tafsiran lama (yang mungkin sesuai di zaman itu, iaitu lebih kurang 800 tahun dahulu).

Agama ini lurus dan konsisten. Dua perkara yang sama tidak mungkin menjadi hukum berbeza.

Sumber – FB Abu Mishkat