Gara-gara aksi lasak bermain rugby jadi bahan ‘troll’, Sanusi bagi jawapan padat kepada ‘admin’ FB Troll Football Johor

Gara-gara aksi lasak bermain rugby jadi bahan ‘troll’, Sanusi bagi jawapan padat kepada ‘admin’ FB Troll Football Johor

Nama Sanusi nampaknya begitu mendapat perhatian tinggi dari para peminat sukan terutamanya dari negeri selatan tanah air.

Apa sahaja perkembangan melibatkan sosok MB Kedah itu pastinya akan mendapat respon daripada peminat kipas susah matinya daripada negeri bangsa Johor itu.

Terbaharu, Dato’ Seri Sanusi Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dilaporkan menjadi bahan troll daripada sebuah laman FB Troll Football Johor (TFJ).

Ini selepas aksinya dalam kejohanan ragbi persahabatan antara pasukan Pilihan MB dan Kuala Muda Rugby Club (KMRC) di IPG Kampus Sultan Abdul Halim (IPSAH), Sungai Petani.

Menerusi laman Facebook rasmi Sanusi, beliau telah memuat naik satu kenyataan troll daripada laman ‘TROLL Football JOHOR’ yang telah mengejek aksi Menteri Besar Kedah tersebut ketika bermain rugbi.

Kenyataan tersebut ketika itu dilihat seolah mengejek Sanusi yang bermain rugbi sambil mengaitkan dengan isu politik buat diri beliau dengan mengatakan pilihan raya bakal tiba tidak lama lagi.

“Lihat anak panah, dah elok-elok main bola sibuk nak main ragbi. Dah la team bola terceduk, dia main ragbi terceduk.

“Risau min jadi apa2 nanti. PRU dah nak dekat, kita tak nak kehilangan bahan hiburan di masa lapang,” jelas kenyataan daripada laman TROLL Football JOHOR tersebut.

Tanpa menunggu lama, Sanusi yang dikenali pemimpin politik yang aktif dalam sosial media dilihat membalas ‘troll’ tersebut dengan ayat yang .

“Sagat muka, berdeghemen, lebam, luka tu perkara biasa bila bergomoi di padang.

“Takat dok troll kot fesbuk ni, peluh pun tak keluaq, silap-silap jiwa admin koyak. Dok tengok komen, macam kena kenduri sakan.

“Kita pelik, depa yang koyak. Apa habaq min? Makan ubat dak lagi…” bidas Sanusi kembali.

Kredit foto: Khairil Ajhar

Aksi beliau yang lincah serta lasak bermain ragbi nyata mendapat tumpuan orang ramai termasuk di media sosial kerana Sanusi dilihat masih lagi aktif bersukan selain berkebolehan dalam sukan bola sepak.

Sebelum ini, Sanusi juga antara yang lantang bersuara mengenai hal bola sepak tempatan khususnya mengenai Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga mendapat pelbagai maklum balas di media sosial.

Kemuncak, apabila beliau dilihat mencipta satu perseteruan bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila kedua individu tersebut saling berbalas kata-kata sindiran di media sosial.