Gara-gara berdiam diri isu Palestin, Salah hilang sejuta followers di Facebook

Gara-gara berdiam diri isu Palestin, Salah hilang sejuta followers di Facebook

 

Wartawan Mesir Amr Adeeb merayu bintang bola sepak negara itu Mohamed Salah supaya tidak berdiam diri dengan menyatakan sokongan padu kepada rakyat Palestin yang kini sedang berjuang menentang kezaliman Israel.

Masyarakat Islam khususnya peminat Liverpool masih menunggu pendirian Salah yang kini berdepan kritikan selepas masih menutup mulut mengenai apa yang berlaku di Gaza.

Menurut Adeeb: “Saya tahu anda mungkin marah dan keliru untuk membuat keputusan dan semua orang sedang menunggu anda kerana anda adalah kebanggaan Arab dan pemegang gelaran ini tidak sepatutnya membiarkan bangsa Arab ketika mereka memerlukan anda.

“Saya tahu anda mempunyai perasaan mulia terhadap rakyat Palestin dan mungkin polisi Liverpool FC melarang pemain menyatakan pendapat politik mereka.” .

Katanya lagi: “Mungkin ada arahan daripada mereka yang dekat dengan anda dan mereka beritahu ia bolej jejaskan imej dan menyebabkan anda berdepan masalah.

“Namun percayalah tiada siapa boleh menyebabkan anda bermasalah kerana anda kuat, berbakat dan penyayang, tiada siapa akan marah jika anda tegas dengan keluarga dan agama anda.”

Rayuan Adeeb itu susulan laporan media yang mendakwa Salah kehilangan sejuta pengikut di Facebook selepas kempen dilancarkan susulan dia masih membisu dengan isu Palestin dan perkara sama turut berlaku di platfrom ‘X’ pemain itu di mana ratusan ribu peminatnya tidak lagi mengikuti bintang Mesir itu.