Gempar!!! Zaharin dakwa kemasukan pekerja Bangladesh dicemari rasuah

Gempar!!! Zaharin dakwa kemasukan pekerja Bangladesh dicemari rasuah

KE MANA PERGI DUIT PEKERJA BANGLADESH KE MALAYSIA?

1. Ini wajah Malaysia. Seorang perkerja warga Bangladesh kena membayar RM20 ribu ringgit Malaysia kepada 25 Agent yang dibenarkan jika mahu berkerja di Malaysia.

2. Pecahan pembahagian RM20 ribu ialah RM5 ribu bayaran di ambil oleh Agent di Dhaka yang di luluskan oleh Kerajaan Malaysia dan juga dibahagikan kepada Sub Agent sebanyak 300 syarikat yang mengutip bayaran rekrut.

3. Baki RM15 ribu di berikan kepada orang tengah Towkey Bangla warganegara Malaysia di Kuala Lumpur, yang mengawal kemasukan pekerja Bangla.

4. Dengan RM15 ribu, Tuan Kartel ambil RM5 ribu bersih dari setiap pekerja masuk ke Malaysia tanpa berbuat apa-apa.

5. RM10 ribu inilah BAKI yang digunakan untuk pembayaran tiket sehala. Pemberian rasuah kepada penguasa yang ada kaitan dengan kelulusan permit masuk semua peringkat di Malaysia.

6. Jom kita tengok jumlah perkiraan 150 ribu orang yang bakal berkerja di Malaysia:

Agent di Dakka

RM5 ribu x 150 ribu pekerja = RM750 juta

Tuan Kartel

RM5 ribu x 150 ribu pekerja = RM750 juta (duit atas angin)

Rasuah

RM10 ribu x 150 ribu pekerja = RM1.5 bilion duit rasuah kepada penguasa di Malaysia.

RM1.5 bilion juga yang di belanjakan untuk tiket sehala. (Levi di tanggung oleh majikan Malaysia)

Jika RM20 ribu didarabkan 150 ribu pekerja Bangladesh kutipan tanpa masuk ke akaun kerajaan berjumlah RM3 Billion.

7. Khabarnya ramai penguasa ke Dubai buka akaun di sana atas berbagai nama proxy kerana bayaran rasuah dibuat di sana oleh Tuan Kartel.

Ini kisah Malaysia Darul Rasuah. Cerita dan tulisan berdasar dari sumber yang terlibat dalam industri pekerja asing – zmy 19012022