Hanafiah Mat, Exco kerajaan Terengganu lapor polis selepas video kemaluannya diraba Mat Said tular

Hanafiah Mat, Exco kerajaan Terengganu lapor polis selepas video kemaluannya diraba Mat Said tular

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said (gambar kecil) mendakwa hanya bergurau ketika memegang alat sulit Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Hanafiah Mat, yang membuat laporan polis setelah klip video kejadian itu tular di media sosial.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menganggap tindakannya ‘memegang’ alat sulit Ahli Exco Negeri Hanafiah Mat di tempat awam baru-baru ini, sebagai gurauan semata-mata.

Beliau mendakwa perbuatannya itu hanya sekadar untuk bergurau senda bersama rakan lama tanpa sebarang niat jahat seperti dituduh sesetengah pihak.

Ahmad mendakwa ketika kejadian beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri itu, saling mengusik antara satu sama lain, termasuk berpegangan tangan ketika bergambar selain Hanafiah turut menyentuh pahanya.

“Saya bergurau sahaja, mungkin apabila video itu viral dia rasa malu dan sebagainya hingga membuat laporan polis terhadap penyebar.

“Sebenarnya tiada benda, saya cuma bergurau,” katanya menurut laporan Utusan.

Beliau mengulas klip video berdurasi empat saat yang tular dalam media sosial sejak semalam hingga mengundang pelbagai reaksi negatif warganet.

Dalam video itu, perakam turut dikesan beberapa kali menyebut ‘cekor’ atau ramas sebelum Ahmad bertindak memegang kemaluan Hanafiah.

Sementara itu, Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai kesal dengan perbuatan Ahmad terutama apabila video berkenaan tular dalam media sosial.

Katanya, alat sulitnya dipegang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu ketika mereka berdua bergambar selepas majlis perasmian program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Nerus, Sabtu lalu.

“Individu dipercayai pengikut Ahmad bersungguh-sungguh menyuruh kami bergambar dan saya akur, namun dalam masa sama dia mengambil kesempatan menyentuh kemaluan saya.

“Saya sangat kesal dan malu dengan perbuatan terkutuk ini terutama apabila rakaman berkenaan diviralkan tanpa pengetahuan saya,” katanya yang turut membuat laporan polis terhadap penyebar video itu.