Isteri jutawan dikecam, selalu beri peringatan kepada wanita jangan kahwin lelaki miskin

Isteri jutawan dikecam, selalu beri peringatan kepada wanita jangan kahwin lelaki miskin

 

Seorang wanita yang juga merupakan isteri kepada jutawan di Dubai teruk dikecam selepas dia gemar memuat naik kenyataan yang menjengkelkan.

Menerusi media sosial, Sofia Kralow sering mengingatkan wanita lain agar tidak menjalinkan hubungan dengan lelaki yang tidak kaya.

Menerusi satu hantaran, Sofia mempamerkan video bersama suaminya yang menjalani kehidupan mewah dan mahu orang ramai menjadikannya sebagai peringatan agar tidak bercinta dengan lelaki tidak berduit.

Peringatan harian agar anda jangan sesekali keluar berjanji temu dengan lelaki yang tidak berduit.”

@sofiakralow

raise your standarts👸🏼 IG: @sofiakralow #foryou #princesstreatment #goals #claim #millionaire

♬ and my man thank you to my man latto casa di remix – CasaDi

Dia juga dikenali dengan menayangkan kehidupan mewahnya sebagai isteri jutawan di mana dia menunjukkan aktiviti sehariannya yang cukup mewah.

Antaranya adalah menaiki helikopter bersama suami selain menunjukkan hadiah yang diberikan lelaki itu seperti jam dan beg tangan berjenawa mewah, kereta mahal, barangan kemas dan juga percutian mewah di banyak negara.

sofia

sofia

Penat sebab asyik keluar shopping

Bukan itu sahaja, Sofia juga pernah memuat naik video tentang alasan mengapa dia ‘menyesal’ menjadi suri rumah kerana terlalu kerap keluar shopping, dapat makan makanan sedap dan mahal dan macam-macam lagi.

Sofia bagaimanapun langsung tidak terkesan dengan kecaman dan komen warganet yang mengkritik dirinya malah akui bersyukur dengan ‘feedback‘ yang diterima.

Malah, suaminya juga tidak kisah dengan kata-kata Sofia itu serta content yang dibuat isterinya di media sosial.

sofia

sofia

Kata Sofia, nasihatnya tentang bercinta dengan lelaki tidak berduit itu sama sekali tidak salah kerana dia sendiri mempunyai banyak pengalaman buruk bercinta dengan orang sebegitu.

Sebab kepayahan mereka pun kamu kena lalui. Saya penat bekerja, jadi saya tidak kisah mempunyai lelaki yang menanggung saya. Saya bercinta (dulu) dengan lelaki tidak berduit dan dia curang. Tiada siapa yang setia, jadi lebih baik cari (lelaki) yang kaya raya.”