Isu tauliah mengajar aktivis politik ditarik, ini punca sebenar
Macam mana nak dapat tauliah Selangor?
Ada sahabat bertanyakan bagaimana nak pohon tauliah mengajar di Selangor. Sebenarnya ini cerita yang sudah agak lama, ana dah tak berapa ingat.
Namun kisah bermula apabila ana menerima jemputan untuk menyampaikan kuliah maghrib bulanan bab muamalat di sebuah masjid di negeri Selangor.
Ana rasa dalam Facebook ni tak ada seorang pun yang tahu di mana lokasi masjid tersebut kacawoli seorang. Nak tengok dia menyahut tak kat ruangan komen nanti. Selama lebih dua tahun berkuliah di situ alhamdulillah tak ada siapa yang tahu, heh heh
Masa tu ana agak keberatan kerana mengajar fiqh muamalat kepada orang awam adalah sesuatu yang sukar.
Lebih mudah jika maki hamun DAP atau buat lawak double meaning saja. Pada awalnya ana menolak namun kemudiannya AJK masjid meyakinkan bahawa mereka tidak mengenali ustaz yang mahir untuk mengajar bab muamalat. Kononnyalah.
Ana pun dengan berat hati menerima pelawaan AJK masjid. Pakai pun kitab Fiqh Manhaji, jadi sepatutnya tak adalah masalah sangat.
Sebagai rakyat jelata yang taat kepada pemerintah ana pun memohon tauliah Selangor menurut lunas undang-undang. Ini pada tahun 2016 rasanya.
Ada dua peringkat ujian, pertama ujian bertulis, kedua ujian lisan dalam bentuk temuduga. Cuma ana difahamkan ujian bertulis sudah dibuat secara online.
Soalan ujian bertulis lebih kepada provokasi minda untuk panel mengenali siapakah anda.
Soalan-soalan seperti ayat-ayat mutashabihat, baca Yasin malam Jumaat, qunut, tauhid tiga serangkai, sifat 20 dan sebagainya.
Ada juga soalan mengenai siapakah ikon anda dalam dunia dakwah. Tak susah nak jawab soalan tu, ana sebut nama abang An je. Kalau menggatal tulis nama Ibnu Taymiyyah ke, bin Baz ke, memang pendek umurlah jawabnya.
Tak taulah Omar Mo Elbariti bubuh nama siapa haritu, yang penting bukan Syeikh Uthaimeen.
Kemudian ana difahamkan soalan sekarang semakin advance dan menyentuh isu-isu seperti nur Muhammad, zikir menari dan fatwa-fatwa terkini di Selangor khususnya melibatkan isu akidah. Kena study sikitlah.
Kalau lulus ujian bertulis, akan dipanggil temuduga. Ini agak menarik juga. Panel temuduga tu macam geng-geng veteran je. Panel ada dua orang. Bila diorang tengok profil ana, terus diorang bagi disclaimer “Kami tak pandai mengaji Syariah dan undang-undang macam ustaz, kita sembang jelah ye. Jadi ustaz nak mengajar muamalat, pakai kitab apa?”
“Fiqh manhaji je ustaz…”
“Kira macam di bank-bank Islam sekarang ni macam mana operasi dia ya?”
(Dah jadi kuliah SGF dah, ana pun sharah la wowa wowa wowa)
“Ustaz mintak tauliah mengajar ni, nak ajar muamalat je ke?”
“Muamalat je, yang lain-lain bukan bidang saya…”
“Habis kalau orang mintak bagi ceramah Israk Mikraj ke, Maulidur Rasul ke, macam mana?”
“Saya memang akan tolak, ramai lagi asatizah lain yang lagi layak cakap pasal isu-isu tu”
“Betul tak nak bagi ceramah tajuk lain ni?”
“Tak apalah kot ustaz, kalau ikut masa kerja saya di pejabat ni pun rasanya memang tak ada masa nak buat semua tu. Yang ada ni pun kena curi-curi masa…”
“OKlah kalau ustaz cakap macam tu, kami akan rekomen ustaz untuk tauliah D2 saja iaitu fardu ain. Kalau D1 ni boleh ceramah semua benda”
“Tak kisahlah mana-mana ustaz, asalkan ada tauliah cukup”
“OK soalan terakhir ustaz. Cuba baca Al-Fatihah”
(Ana pun baca la dengan nada tak seumpamanya)
“Lenggok tu boleh improve lagi ustaz”
“Yang tu saya kena masuk Akademi Al-Quranlah, ambik kelas tarannum”
Jadi begitulah rutin ana gi mari gi mari selama dua tahun lebih rasanya memberi kuliah. Awal tahun 2019 rasanya, siri kuliah itu ditamatkan bagi memberi laluan kepada pengisian baharu berikutan rombakan AJK masjid. Ana pun lega sebab tak perlulah gi mari gi mari lagi.
Moral of the story:
1. Mengajarlah dengan niat nak sebar ilmu dan nak beri kefahaman kepada orang awam, bukan untuk berbalah dan menimbulkan keresahan dan kekeliruan masharakat awam. Benda level tesis sarjana dan PhD tak payah nak rombak dan longgok depan orang awam bagi depa pening. Perbezaan pandangan ulamak sepatutnya dijadikan asas memahami dan menghargai fiqh yang luas, bukannya menjadi medan nak kata kita betul, dia salah. Kita boleh cari 1,001 jalan perdamaian kenapa nak dipilih juga 2, 3 lorong perpecahan.
2. Jangan takut memohon tauliah. Panel cuma nak kenal saja kita ni siapa. Tak perlu nak tunjuk pandai atau memandai-mandai hatta kalau kita ni berjawatan Profesor dan ada 2, 3 PhD sekalipun.
3. Jangan bawa hal politik kepartian di meja penceramah. Jangan hentam peribadi orang. Jangan merepek meraban macam negeri ni tak ada ketua agama Islam. Aaaahh ana tak kira Sultan Sultan ni semua jahil agama, pegawai jabatan agama ni semua barwaaaa… Yang tu sila pergi meninggal terjun Sungai Klang tak payah nak babitkan orang lain.
4. Kalau nak kurangkan komplikasi boleh mintak syafaat referee macam yang ana buat, koh koh koh. Lulus jarum lulus kelindan.
Sumber – Facebook