Jejak tempat makan dapat ‘bad review’ di Google, dua jejaka Cina sanggup telan tauhu busuk.. lepas ni kedai melayu pulak

Jejak tempat makan dapat ‘bad review’ di Google, dua jejaka Cina sanggup telan tauhu busuk.. lepas ni kedai melayu pulak

KUASA viral pada hari ni bukanlah biasa-biasa.

Satu kesilapan dilakukan, ia mampu memberikan impak negatif terhadap bukan sahaja kepada sesebuah perniagaan malah kehidupan individu tersebut.

Bagi pengusaha kedai makan, adalakanya penilaian dan maklum balas buruk yang ditinggalkan orang awam setelah berkunjung ke gerai atau restoran mereka boleh menyebabkan kehilangan pelanggan.

Berbeza pula kisahnya dengan dua individu ini apabila mereka memilih untuk berkunjung di gerai makan yang menerima reviu kurang memuaskan daripada pelanggan.

Tujuannya ialah bagi mendapatkan kepastian tentang sejauh mana kebenaran mengenai reviu dan rating rendah yang ditinggalkan di Google.

reviu1

Keadaan kedai dan peralatan makanan dikatakan kurang bersih.

Menerusi salah satu content mereka di TikTok, seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Peter bersama rakannya berkunjung ke sebuah restoran makanan Taiwan di Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur.

Ujarnya, kedai makan tersebut menerima ulasan mengenai makanan mereka yang membuatkan pelanggan mengalami keracunan.

“Ada review kata keracunan makanan. Saya tak tahu nasib baik dapat cari (kedai makan) mereka atau mereka nasib tak baik kena (reviu) daripada kita.

“Restoran ni satu star review sahaja,” katanya.

Setelah memasuki restoran, mereka memesan beberapa makanan yang terdapat dalam menu termasuklah menceritakan suasana kedai.

“Meja macam banyak habuk. Ada sisa sabun dan habuk (pada sudu).

“(Keadaan) tandas sangat menakutkan. Macam boleh meramal masa depan kita boleh sakit perut (merujuk pada logo tandas digunakan).

reviu2

Keadaan tandas yang kotor.

“Rupanya macam tak bersih. Berak tidak boleh dibersihkan (merujuk kepada keadaan pengepam air yang rosak),” ujar mereka setelah memeriksaan keadaan tandas di restoran berkenaan.

Kemudian bermulalah saat dinanti-dinantikan dan tujuan asal mereka melakukan ‘eksperimen’ tersebut apabila pelayan menghantar makanan tauhu yang dipesan.

“Reviu kata tauhu mereka rasa macam sabun. Tak apa saya cuba untuk anda.

“Saya tak tahu macam mana nak terangkan. Rasa macam tauhu busuk. Gigitan pertama masam-masam. Gigitan kedua rasa busuk. Gigitan seterusnya rasa boleh hantar awak ke ‘syurga’.

Gigitan pertama masam-masam, gigitan kedua rasa busuk… gigitan seterusnya boleh hantar awak ke ‘syurga’.

PENGHASIL KANDUNGAN TIKTOK

“Saya syorkan anda mencuba tauhu ‘sabun’ ini,” kata seorang lelaki lelaki dalam video berkenaan secara berseloroh.

Ketika mencuba menu lain iaitu ayam, dikatakan bahawa makanan tersebut dalam keadaan baik.

Bagaimanapun terdapat tauhu yang sama dimasukkan ke dalam makanan itu.

Selain itu dakwa mereka layanan diberikan pekerja di restoran juga kelihatan tidak mesra dan disifatkan seolah-olah mereka berhutang dengannya.

Resit harga bagi makanan dan minuman yang dipesan.

“Makanan sampai mereka letak sahaja,” tanpa sebarang interaksi antara pelanggan dan pekerja.

Harga keseluruhan bagi empat jenis makanan dan minuman yang dipesan mereka pada kunjungan itu adalah RM75.15 termasuk caj perkhidmatan.

Hantaran tersebut menjadi tular di TikTok dengan dihujani pelbagai komen netizen yang terhibur dengan cara mereka membuat reviu terhadap restoran tersebut.

“Lepas ni tuan kedai mesti tak bagi masuk kalau nampak muka mereka.

“Ok jom review kedai Melayu pula.

“Review jujur dan dan ikhlas, terus support,” ujar beberapa netizen di TikTok.

Semakan mStar mendapati bahawa mereka yang kini mempunyai lebih 9,000 pengikut sering membuat kandungan (content) sedemikian di platform TikTok.