Jika anak buntu pilih bidang terbaik untuk sambung pelajaran, ketahui bidang kerja beri pulangan paling lumayan di Malaysia pada masa sekarang

Jika anak buntu pilih bidang terbaik untuk sambung pelajaran, ketahui bidang kerja beri pulangan paling lumayan di Malaysia pada masa sekarang

Adik-adik lepasan SPM mesti ada yang dah rancang nak sambung belajar dekat universiti kan? Dengan kos pembelajaran di pusat pengajian yang semakin meningkat, tentu memerlukan sokongan kewangan yang baik.

Pemilihan kerjaya pendidikan selepas SPM adalah sangat penting untuk masa depan yang cemerlang agar tidak tersalah langkah. Ramai je yang dah berjaya tau melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial menggunakan nama akaun Shukry Radzi, dia.mencadangkan jalan keluar mengatasi kebuntuan bagi membuat pilihan yang tepat buat adik-adik ini.

Bukan sahaja bakal mempunyai masa depan kerjaya yang cerah, malah katanya turut memberi pulangan gaji yang lumayan dan menjadi buruan ramai majikan yang menagih kemahiran mereka.

Tulisnya.

NAK BERKONGSI INFO SKET
.
Dua tiga hari lepas ade kwn contact tanya anak dia nak sambung belajar IT tapi xsure scope of work ape yg demanding skg. Takde benda lain yg terlintas. Hanya satu 😅 iaitu Cloud Engineer.
.
Dalam banyak2 kerjaya bidang IT skg, Cloud Engineer ni paling tengah mcm goreng pisang dalam market dan trend ini akan terus berkembang beberapa tahun depan sebabnya simple. Semua benda akan mula dipindahkan ke Cloud di masa depan.
.
Keje cloud engineer ni banyak tapi secara mudahnya die yg bertanggungjwb utk benda2 berkaitan cloud computing termasuk la design, planing, management, maintenance dan support. Bagusnya since keje ni di cloud ramai cloud engineer yg aku kenal keje dari rumah shj tapi gaji dibayar oleh company2 luar. Org tua ckp asal ade internet boleb keje dah.
.
Maybe ade yg xpernah dengar tentang cloud computing ni tapi sebenarnya benda ni hari2 kita pakai, celik je mata smpi la tidur kite pakai. Contohnya bangun tidur je bukak whatsapp, bukak fb, check order shoppe, reply gmail, smpi la ke order makanan kat grab or foodpanda semua pakai cloud computing (CC). As kite semakin hari semakin bergantung pd semua benda ni, semakin demand la kerja2 melibatkan technology ni.
.
Dah tu, sbenarnya nak jadi cloud engineer ni xperlu pn ade degree ke master atau phd. Kdg2 sijil2 dari AWS, GCP atau Azure ni shj lagi laku dari degree korang. Tapi jangan slh phm, ada degree tu sbenarnya sgt penting jugak. Thanks dan semoga bermanfaat. 😄👍
.
#Cloudswiredtech #technology #cloudengineer