Kagum sepinggan hidangan hanya RM5, Mat Saleh ini mahu PM UK contohi Menu Rahmah & belajar dari Anwar

Kagum sepinggan hidangan hanya RM5, Mat Saleh ini mahu PM UK contohi Menu Rahmah & belajar dari Anwar

 

Mulai diumumkan pada 31 Januari lalu, kerajaan telah memperkenalkan menu rahmah buat mereka yang mahu mendapatkan set hidangan lengkap dengan harga mampu milik.

Meskipun mendapat pelbagai respon di kalangan netizen, set hidangan yang mengandungi nasi serta beberapa lauk termasuk sayur ini berjaya meraih perhatian seorang TikToker Mat Saleh iaitu @veggiesontour.

Menerusi perkongsian, beliau dilihat sangat kagum dan gembira dengan pengenalan menu rahmah di mana beliau turut berpeluang menikmati sebuah hidangan lengkap beserta sayur dengan harga serendah RM5 sahaja.

Lebih mendapat perhatian ramai, beliau turut membandingkan harga hidangan di Malaysia dan negara beliau iaitu United Kingdom (UK). Bukan itu sahaja, TikToker ini menyeru Rishi Sunak selaku Perdana Menteri UK mencontohi apa yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pengenalan hidangan mampu milik seakan menu rahmah.

Perkongsian ringkas beliau telah meraih pelbagai di kalangan netizen di mana terdapat netizen yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan Mat Saleh ini. Malah, terdapat individu yang memaklumkan UK sudah mempunyai meal deal yang berharga sekitar £3.90 (~RM20.69).

Sebelum ini, pasar raya MYDIN antara yang terawal mengumumkan Menu Rahmah keluaran mereka di mana mereka sekadar menawarkannya dengan harga serendah RM4.90 sahaja.