Kantoi: Menteri Wilayah terus kebal langgar SOP PKP

Kantoi: Menteri Wilayah terus kebal langgar SOP PKP

Semalam kita digemparkan dengan berita pasangan selebriti terkenal iaitu Shahmira Mohamad atau Shuib Sepahtu yang merupakan pelawak dan isterinya, Sarah Raissuddin merupakan antara lima individu yang dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sebuah restoran di Kuala Lipis semalam atas kesalahan duduk dimeja makan melebih 2 orang dan tiada penjarakan fizikal.

Namun tular pula sekeping gambar hari ini seorang menteri yang menghadiri satu program rasmi kementeriannya yang melakukan kesalahan sama seperti dilakukan oleh pasangan selebriti terkenal semalam.

Persoalan yang mulai kecoh dimedia, adakah menteri tersebut kebal dari sebarang tindakan undang-undang apabila secara jelas melanggar SOP PKP yang telah diwartakan itu? Jika benar beliau terlepas, maka rakyat sudah tetlalu yakin, inilah sistem keadilan yang paling teruk sedang diamalkan oleh kerajaan Muhyiddin ketika ini.