“Katanya, kalau dia kahwin dengan Athira…” – Shuhada beri bayangan punca bercerai

“Katanya, kalau dia kahwin dengan Athira…” – Shuhada beri bayangan punca bercerai

 

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi dilihat kembali bangkit selepas diceraikan dengan talak satu pada minggu lalu.

Malah Shuhada juga kini berkongsikan tentang perniagaan yang akan dimulakannya untuk menanggung kehidupannya bersama dua anaknya yang masih kecil.

Wanita itu juga turut memuat naik logo perniagaannya dan menerima sokongan dari netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

Dalam masa yang sama, logo bersama tagline yang dimuat naik itu juga turut mencuri tumpuan netizen kerana ia dikatakan mempunyai makna disebaliknya.

Perniagaan tersebut yang dinamakan ‘Satu Tak Cukup by Nurul Shuhada Shukri’ itu juga dikatakan seolah-olah menyindir perbuatan bekas suaminya.

Malah Shuhada juga turut membalas komen netizen yang bertanyakan tentang tagline tersebut di mana dia memberikan bayangan kepada punca perceraian mereka.

“Katanya apa akan saya dapat kalau dia kahwin dengan Athira is ‘saya akan dapat dia yang happy and bahagia’ Allah Allah, untuk apa lagi setia, orang dah tak ingin.”

Menurut Shuhada, Hafidz menjanjikan dia akan menjadi seorang suami yang gembira dan bahagia sekiranya wanita itu membenarkan dia berkahwin dengan Athira Yuhada.

Terdahulu, Athira dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga mereka malah wanita itu juga telah tampil dengan permohonan maaf secara terbuka.

Reaksi netizen

Susulan komen yang ditinggalkan Shuhada ini, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap pelakon lelaki itu dan menyokong tindakan Shuhada yang membawa haluan sendiri bersama anak-anaknya.

Netizen juga mendoakan wanita itu kekal kuat dan terus maju ke hadapan tanpa memikirkan tentang bekas suaminya itu.

“Takpe sis biarkan, jangan dikenang orang yang tak hargai kita. Takpe kami sokong sis…”

“Serius lah ayat dia macam tu. Saya yang baca ni pun tersentap sis. Apa lagi sis yang hadap benda tu…”