Kebocoran karbon monoksida dalam ambulans, seorang meninggal dunia manakala tiga yang lain pengsan

Kebocoran karbon monoksida dalam ambulans, seorang meninggal dunia manakala tiga yang lain pengsan

Kebocoran gas karbon monoksida dipercayai punca empat petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di sini, tidak sedarkan diri sebaik ambulans dinaiki mereka sampai di Hospital Port Dickson di sini, pagi Khamis.

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, ujian pengesanan gas dalam tempoh 10 minit perjalanan mendapati, bacaan kandungan gas karbon monoksida yang tinggi dicatatkan dalam kabin ambulans berkenaan sehingga mencecah 87 ppm.

“Bacaan diambil dalam tempoh 10 minit perjalanan sahaja dan kadar bacaan berkenaan berkemungkinan bertambah mengikut tempoh masa perjalanan dari Klinik Kesihatan Bukit Pelandok ke Hospital Port Dickson.

“Pihak hospital juga mengesahkan telah menjumpai gas yang sama dalam paru-paru mangsa yang pengsan yang kini kesemuanya telah dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika ditemui media di Hospital Port Dickson, di sini, pada Khamis.

Sinar Harian, sebelum ini melaporkan seorang petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Pelandok di sini meninggal dunia manakala tiga lagi didapati pengsan di dalam ambulans yang tiba di Hospital Port Dickson dekat sini, pagi Khamis.

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Mohammad Idris berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 29 tahun manakala tiga lagi lelaki yang tidak sedarkan diri berusia dalam lingkungan 30-an.

Sumber – SinarHarian