Ketua-Ketua Hakim Syari’e disindir jual maruah berkunjung ke pejabat penasihat agama Ismail Sabri

Ketua-Ketua Hakim Syari’e disindir jual maruah berkunjung ke pejabat penasihat agama Ismail Sabri

HAKIM SYARIE LOW CLASS

Aku tak pasti apa yang ada dalam kepala hotak ketua-ketua hakim syarie ini. Pertemuan ini berlangsung bulan lepas, baru lagi. Malah status asal pun masih ada di Facebook Umno Kedah.

Mereka ialah ketua hakim syarie negeri. Diulangi, KETUA HAKIM SYARIE. Aku tak mengenali mereka secara peribadi, bukan ada keperluan pun. Tapi bagaimana ketua-ketua hakim syarie boleh “kunjung hormat” ke pejabat “entah siapa-siapa”? Iya, bukan pejabat menteri agama pun. Malah kalau pejabat menteri sekalipun, dari sudut etika sudah salah.

Pernahkah anda lihat Ketua Hakim Negara atau hakim-hakim kanan terhegeh-hegeh membuat kunjung hormat ke pejabat Menteri Undang-Undang?

Jawatan hakim yang mulia, duduknya di atas, dihormati martabatnya dan bukannya bersepah menjual muka di sana-sini.

Apatah lagi ketua hakim syarie beramai-ramai membuat kunjung hormat ke pejabat penasihat agama Perdana Menteri.

Kunjung hormat tertutup tak mengapalah. Kita pun tak nak tahu urusan mereka. Kalau tak share kat Facebook pun kita tak tahu berlaku pertemuan tersebut.

Tapi sudahlah dicanang kepada umum, kemudian bergambarlah ketua-ketua hakim sambil mengelilingi penasihat agama ibarat samseng penambang mengelilingi tauke sampan Ahmad Nisfu. Lagi bongok, hakim-hakim pergi berdiri, penasihat pulak yang duduk. Macam cerita Tiga Abdul pun ada.

Kenapa ketua-ketua hakim syarie merendahkan maruah mereka sampai ke tapak kaki? Mana pergi adabul qadi yang mengaji sampai penuh hashiyah kitab dulu tu?

Dan kita konon tertanya-tanya kenapa institusi mahkamah Syariah selama ini dipandang lekeh. Sebenarnya, mereka sendirilah yang memperlekehkan kedudukan institusi mahkamah Syariah itu sendiri.

Bak kata cikgu Shaari, “Low class!”

Sumber – FB

COMMENTS