Kongsi video bersama, Zarina Anjoulie dah ‘get back’ dengan bekas tunang?

Kongsi video bersama, Zarina Anjoulie dah ‘get back’ dengan bekas tunang?

Sedia maklum, selebriti sensasi Zarina Anjoulie sebelum ini pernah sempat menjalinkan tali pertunangan bersama seorang jejaka bernama Datuk Seri Elzey.

Namun, tidak lama selepas itu mereka mengambil keputusan untuk putus tunang dan bahkan sempat berlakunya perbalahan antara mereka berdua hingga menjadi perhatian netizen sebelum membuat keputusan berbaik semula demi anak.

Terbaru, di lamanย TikTokย Elzey, lelaki terbabit ada memuat naik video bersama Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju setelah sekian lama hingga membuat netizen terkejut.

 

@alfayeds.8

#fyp @zarinaanjoulie_ cepatlah i tunggu dah ni … you lambat i tinggal… #selamattinggal ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ Tq jumpa kita ok

โ™ฌ IKLIM_Mimpi yang pulang – ๊ง ๐‘น.๐’Œ๐’‚๐’š_๐‘ถ๐’‡๐’‡๐’Š๐’„๐’Š๐’‚๐’ ๊ง‚

Anju Elzey

 

Dapat dilihat dalam video terbabit mereka seakan sangat mesra bersama dan Anju juga sempat meletakkan tangannya dia bahu bekas tunang.

Susulan itu, muncul dakwaan daripada netizen mengatakan mereka sudah kembali bersama untuk menjalinkan hubungan semula.

Anju Elzey

Dalam pada itu, ada juga mendoakan agar kedua-duanya segera mendirikan rumah tangga jika benar sudah bercinta balik kerana tidak mahu sejarah berulang kembali.

Bagaimanapun, kesahihan dakwaan tersebut masih belum tahu lagi kerana Anju dan Elzey tidak memberitahu apa-apa.