Lagi kes bunuh diri, pemuda ditemui mati jatuh bangunan PPR

Lagi kes bunuh diri, pemuda ditemui mati jatuh bangunan PPR

Seorang pemuda ditemui maut selepas jatuh bangunan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana, Taman Perling di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.05 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun ditemui meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah peribadi.

“Hasil maklumat awam pada pukul 9.05 malam semalam, polis telah menjumpai mayat seorang lelaki terjatuh dari bangunan di PPR di sekitar Taman Perling di sini.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai masalah peribadi dan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rupiah berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih menyiasat kes berkenaan.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi IPD Johor Bahru Utara ditalian 07-5563122,”katanya.

Sumber – K! ONLINE