“Lebih mengejutkan, kelihatan foto serta video suami berserta beberapa perempuan yang berbeza-beza”, – niat seorang isteri kecapi rumah tangga bahagia hancur gara-gara aktiviti si suami
Harapan seorang wanita untuk hidup bahagia dalam rumah tangga yang baru dibina lapan bulan lalu, musnah apabila suaminya ‘kantoi’ melakukan servis seks secara dalam talian.
Menerusi luahan yang dibuat kepada @AbudiAlsagoff, wanita terbabit mula mengetahui apabila ternampak mesej daripada seorang wanita di aplikasi Telegram suaminya mengenai ‘content collabration’ (kolabrasi kandungan).
Dengan tidak sengaja, si isteri tergerak hati untuk membuka beberapa mesej lain dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati suaminya menyertai lebih tiga saluran kumpulan Telegram 18SX.
“Lebih mengejutkan, kelihatan gambar serta video suami bersama beberapa wanita yang berbeza-beza dalam saluran tersebut. Mula-mula saya cuba nafikan. Tapi lepas amati, itu memang suami saya.
“Dari situ saya dapat tahu suami lakukan servis seks melalui Twitter dan Telegram. Betapa luluhnya hati saya ketika itu. Suami yang saya anggap sebagai kawan baik dan saya cintai lakukan perkara seperti ini.
“Kali terakhir dia hantar video adalah sebulan sebelum kahwin. Tidak kira lah perbuatan lama atau tidak, tapi hancur hati saya sebab dia sudah ‘bersama’ dengan perempuan yang berbeza-beza,” luah wanita itu
Tambahnya, setelah mengetahui perkara tersebut, dia perlu mengambil masa yang lama untuk menerima dan kembali memupuk rasa cinta walaupun hakikatnya ingin meminta dirinya dilepaskan.
Ujarnya lagi, dia sedang berada dalam fasa untuk melupakan dan menganggap semua ini ujian untuk membantu suami untuk berubah.
“Saya cuma kesal sebab sedaya upaya saya jaga martabat saya sebagai seorang muslimah sebelum kahwin. Tak layak ke saya untuk dapat suami yang baik?
“Memang dia ada cakap dengan saya untuk saya bimbing dia. Tapi nak berubah semua itu atas kemahuan sendiri,” katanya.
Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 2,124 ulang ciap, 4,148 tanda suka.