Lelaki ini akhirnya buka cerita kenapa rider Foodpanda ini tak renew roadtax, sanggup biarkan motor disita

Lelaki ini akhirnya buka cerita kenapa rider Foodpanda ini tak renew roadtax, sanggup biarkan motor disita

 

Abam percaya budak foodpanda yang motor kena sita sebab roadtax dan insuran tamat tempoh tu bukannya sebab dia takde duit sangat nak renew benda alah tu..

Roadtax baru RM2, insuran pulak kalau 1st party dalam RM200 lebih ke RM300 lebih je bergantung agensi insuran yang kau pilih.. kalau yang 3rd party lagi murah, dapat la dalam RM100 lebih je..

Tapi abam syak dia mesti ada banyak saman lampau polis/jpj (blacklist/ warant tangkap atau kes kena naik mahkamah) yang masih belum settle..sebab tu dia tak boleh nak renew cukai jalan dan insuran..

Sebab tu abam rasa walaupun dia dah dapat motor baru hari ni, tapi kalau dia masih belum settle semua saman² blacklist dia tu, tahun depan motor baru tu pun dia tak boleh nak renew roadtax dan insuran jugak.

Macam mana abam tahu? Masa zaman muda abam dulu ni, bertahun² hidup tak pernah ada lesen dan roadtax apatah lagi insuran..tapi semenanjung malaysia ni puas dah abam pusing..

Bila jumpa roadblock tak pernah la abam lari, semuanya abam hadap sambil mengamalkan 1 petua.. iaitu abam akan baca ayat kursi dan hembus kat muka polis/jpj yang tahan abam tu perlahan².. kesemua roadblock abam lepas, takde la motor sampai kena sita..paling² pun abam sign je surat saman tu sambil senyum dan akui kesalahan pada polis/jpj yang keluarkan saman tu.

Akhirnya abam berjaya mengumpul 36 saman tertunggak diatas pelbagai kesalahan termasuklah saman blacklist, saman waran tangkap dan saman yang tak boleh dikompaun mesti kena naik mahkamah. jenuh kena mengadap jumpa hakim.

Cumanya abam sikit beruntung bila bertukar kerajaan haritu PMX ada umumkan bayaran diskaun saman dengan harga yang paling murah..

1 saman rm50 termasuk saman blacklist dan saman yang ada waran tangkap..dapatlah abam jimat duit banyak jumlah sebenar 36 saman tu mencecah rm9000 lebih.. (setelah diskaun jadi RM2300) jimat la dalam 6 ribu lebih.

Bila dah terlalu banyak saman, maka semakin payah la nak renew roadtax dan insuran (nak ambil lesen L tu pun tak boleh)..

Kena settle semua saman² tu dulu baru boleh renew dan buat lesen..benda ni bukan sekadar susah pada motor lama, sampai abam nak beli motor baru pun jadi susah..nama sangkut, tak lepas kat JPJ..tak boleh nak buat roadtax dan insuran baru.

Kalau lepas pun untuk setahun yang mula² keluar motor tu je..pastu tahun depannya tak boleh nak renew jugak.

Itu pasal abam dapat rasa rider foodpanda yang kena sita tu bukan takat roadtax insuran je..dia mesti ada banyak saman tertunggak ni.

Harap² dia mampulah settlekan saman² tu sebelum tahun depan..kalau tak, pakat tak hidup la roadtax dan insuran motor baru dia tu.