Lelaki ini dah habis makan baru sedar rupanya itu bukan kedai makan
Dalam perjalanan kita ke sesuatu destinasi, sudah pasti kita akan berhenti berehat sebentar menghilangkan penat memandu atau membawa motosikal dan basikal.
Biasanya kita akan mencari tempat membuang air dan juga tempat makan untuk menghilangkan lapar dan dahaga sekiranya ada.
Lokasi yang kita berhenti biasanya adalah bukan kawasan penempatan kita yang selalu dilalui.
Jadi kita mungkin akan berasa janggal atau tidak mengenali dimanakah kedai-kedai makan yang boleh kita singgah. Asalkan nampak sahaja kita terus singgah kerana sudah lapar.
Namun berbeza pula dengan situasi seorang lelaki ini yang menceritakan pengalaman yang cukup aneh.
“Saya hanya sedar rupanya ini bukan kedai makan tetapi rumah orang selepas bertanya harga makanan sebaik sahaja selesai makan nasi dagang bersama teh tarik” Kongsi lelaki yang bernama Mohd Karbi Mominin. Dah selesai makan baru tahu itu bukan kedai tapi rumah orang.
Mohd Karbi berkongsi cerita, kejadian itu berlaku secara tidak sengaja selepas dia singgah ke sebuah rumah yang disangka ianya sebuah kedai makan di Kuala Berang Terengganu.
Menurut maklumat dari Karbi, semasa itu keadaan dirinya sudah terlalu penat dan lapar kerana mengayuh basikal lebih 70 kilometer dari Tasik Kenyir ke Kuala Berang. Semasa itu adalah hari pertama Hari Raya Haji.
Kata Karbi, dia sangkakan rumah itu adalah kedai makan kerana susun aturnya seperti susun ruang makan yang terbuka, cantik lengkap dengan meja makan seolah-olah gerai makan.
Karbi bercerita;
“sebelum pada itu, saya hanya makan pada sebelah malam, hari Khamis dan selepas Subuh hari Jumaat saya terus mengayuh basikal tanpa makan sedikit pun.
“Keletihan mengayuh basikal itu menyebabkan saya menjadi terlalu penat dan tak dapat berfikir dengan betul. Lihat sahaja rumah itu, terus saya sangka kedai makan.
“Semasa itu ada dua orang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang disangka itu adalah pelanggan di kedai itu. Kongsi Karbi ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada masa itu.
Perjalanan Karbi mengayuh basikal adalah bermula dari Hulu Klang ke Terengganu semalam empat hari dengan jarak 602 kilometer.
Karbi berkata, dia menyangka rumah itu menjual nasi dagang dan terus memesan makanan berkenaan dan lebih memalukan apabila seorang wanita telah bertindak menceduk nasi untuknya.
“Semasa itu pun mereka tak cakap apa-apa, tambahan pula saya jenis yang banyak bercakap dan bercerita dengan anak pemilik rumah itu.
“Tapi saya mula rasa pelik, bila makcik itu hantar secawanteh tarik sedangkan saya tak order pun, Kata Karbi.
Selesai sahaja makan dan ingin bayar, barulah saya tahu kesilapan dirinya dan saya sangat rasa malu.
“Walau apa pun saya ingin maklumkan kepada keluarga itu sangat baik dan makanan yang dibuat itu pun sangat sedap” katanya.
Pengalaman Karbi ini boleh dianggap satu peristiwa yang agak pelik dan bagi Karbi ia adalah suatu situasi yang cukup memalukan. Namun dari sisi lain, sebenarnya ada perkara positif yang kita boleh pelajari dari kisah ini.
Sudah tentu kita akan terfikir, betapa mulianya tuan rumah ini tanpa memberitahu sedikit pun tentang rumah mereka itu bukanlah kedai makan.
Kisah ini sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepada kita bahawa budaya menyambut tetamu walaupun tidak dikenali masih diamalkan di lokasi berkenaan.
Sikap keluarga tersebut yang langsung tidak menghalau orang yang tidak dikenali sangat terpuji malah turut menjamu makanan yang lazat serta menghidangkan minuman.