Lelaki ini kongsi saat seram, terserempak ‘hantu’ ketika balik kerja lambat

Lelaki ini kongsi saat seram, terserempak ‘hantu’ ketika balik kerja lambat

 

Rakaman video ketika balik kerja lambat mengundang pelbagai reaksi warganet termasuk berkongsikan pengalaman pernah terserempak entiti sama.

Video yang direkod bertempat di satu persimpangan jalan itu memaparkan kapsyen, “Balik kerja lambat lepas tu terjumpa benda ngeri.”

Rata-rata netizen berpendapat lembaga tersebut adalah hantu galah tetapi ada juga yang mengingatkan video yang dimuatnaik Muhamad Haji Noh itu sekadar hasil suntingan demi content.

“Hantu galah tinggi. Tinggi sangat-sangat. Cukuplah sekali jumpa belakang taska dulu, warna hitam, tinggi ya amat. Balik terus demam seminggu,” kata Alyaa Azman.

Hal sama dibangkitkan Alwi Syafie apabila berkata, di kampungnya dahulu juga ada hantu galah hinggakan boleh lalu di bawah kangkang lembaga itu.

“Tapi lama dah tak nampak. Mati kena langgar kot. Suka main tengah-tengah jalan,” selorohnya.

Sementara itu, Mastizah Firdaus pula memberitahu hantu galah boleh mencapai ketinggian yang amat luar biasa.

“Saya dan sepupu-sepupu nampak hantu galah tu dah tinggi sangat, nampak kaki dia melangkah saja.

“Malam tu rasa menyesal tapi besoknya sambung keluar malam lagi. Kenangan masa muda-muda dulu,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, pengguna Facebook, Ridzuan Syukri menegaskan bahawa itu adalah video yang diedit manakala Farhan Awalluddin pula menulis,”Ini content saja.”