Lelaki ini sekolahkan lelaki pengecut cara betul tambah isteri

Lelaki ini sekolahkan lelaki pengecut cara betul tambah isteri

“Bukan mudah ujian poligami, ujian bab Hati terutamanya. Namun Maha Baik Allah sentiasa ada bersama lagi-lagi bila saat kita buntu dan perlu, Allah hadirkan insan-insan yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan, kebenaran dan kesabaran…”

Begitulah yang berlaku terhadap isteri kepada personaliti terkenal tanah air, Abdul Khalid Samad

Isteri kepada Ahli Parlimen Shah Alam yang pernah memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan selama 22 bulan pemerintahan kerajaan PH, Dr Zaitun Abu Bakar berkata dia reda dengan tindakan suaminya yang juga ahli parlimen Shah Alam untuk berkahwin lain.

Menurut Dr Zaitun, dia menerima sokongan kuat daripada keluarga dan rakan-rakan serta kini mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Saya pernah beranggapan begini, tak mahu buat dosa, kalau Khalid hendak berkahwin, biarlah itu haknya. Saya hendak jaga diri saya, perbaiki diri, amalan dan kesihatan serta belajar mengaji.

“Saya hendak berjalan-jalan hiburkan hati, jumpa kawan-kawan, bina bonding dengan anak-anak. Ramai juga kawan dalam parti Amanah sendiri memberi sokongan kepada saya sebaik sahaja melihat laporan daripada Utusan Malaysia,” ujarnya seperti dilaporkan semula portal akhbar dalam talian, Malaysiakini.

Dr Zaitun berkata hubungannya dengan Khalid tetap baik meskipun Mahkamah Tinggi Syariah kelmarin memberi kebenaran kepada suaminya itu untuk berpoligami.

Begitu juga hubungan Khalid dengan anak-anak tetap baik walaupun mengetahui bapa mereka bakal berkahwin lagi.

Malah Zaitun berkata, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

“Kami tetap profesional, macam mana marah sekali pun tetap solat berjemaah, makan sama-sama, boleh berbual tentang keluarga dan anak-anak, walaupun kita marah dan pertikai (tindakannya), tetapi kami dua-dua terpelajar,” katanya.

Terdahulu, peguam daripada Tetuan Farhana Izyan & Co, Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Zaitun memberitahu, Hakim Abdul Halim Abdullah membenarkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu berpoligami selepas bersetuju memenuhi syarat dengan menunaikan hak-hak isterinya.

Antara syarat tersebut adalah menyerahkan sebuah penthouse di Seksyen 13 yang dibeli secara bersama, sebuah rumah di Seksyen 7, kereta Proton X70, nafkah bulanan serta syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam affidavit kepada isteri sedia ada.

Zaiton memaklumkan, dia yakin Khalid yang menjadi suaminya sejak 45 tahun dahulu dapat menunaikan janji dan memenuhi syarat tersebut.